Selasa, Julai 07, 2015

Huh! Apa gunanya kalau Si Khalid Samad tu nak bermegahkan diri dia dengan mendabik dada kononnya dia ada ramai pengikut? Kalau bercakap dengan pihak media, bukan main lagi.

Kalau semalam, Si Khalid Samad tu kata 'Terlalu Ramai Individu' yang nak menyertai gelombang Gerakan Harapan Baru sehingga mereka terpaksa memberikan nama baru kepada kumpulan G18.
Ramai yang sertai kami, kerana dari negeri-negeri juga dah ada, sekitar ratusan dan mungkin menjangkau seribu. Mereka kumpulan Pemuda yang gelarkan mereka sebagai pemuda Gerakan Harapan baru,” katanya.
Dari kenyataan yang dibuat, nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cukup berbangga dengan penyertaan dan sokongan 'Terlalu Ramai Individu' tu kepada kumpulan G18 yang dianggotainya.

Tapi hakikatnya, satu hapah pun tak berguna kalau mereka takde keberanian dan terlalu BACUL untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dengan meninggalkan PAS secara terhormat.

Sebaliknya, tindakan Bacul seperti tu hanya akan dilihat sebagai satu tindakan yang RETORIK semata - mata. Bahkan mereka hanya akan dilihat sebagai golongan manusia yang HIPOKRIT.

Jadi, tak perlu la Si Khalid Samad tu nak tonjolkan lagi sifat MUNAFIK dia tu kepada masyarakat umum dan setakat bermain wayang kononnya dia nak memperjuangkan agenda Islam.

Kalau Si Khalid Samad tu berani, jadi la Anak Jantan dan keluar dari PAS secara terhormat. Jangan setakat pandai nak jadi 'Duri Dalam Daging' dan 'Gunting Dalam Lipatan' je.

Jika sebelum ni pun rakyat dapat melihat bahawa Si Khalid Samad tu hanya seorang pemimpin yang mengamalkan konsep Islam Liberal dikalangan masyarakat dan dia hanya memperjuangkan kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya dia berjuang untuk rakyat pun!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tak boleh keluar , coz dah angkat sumpah laknat sebelum ni kot...

    BalasPadam
  2. PAS MENDEDAHKAN RANCANGAN DAP JADIKAN MALAYSIA SINGAPURA KEDUA

    Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.

    Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).

    “Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.

    Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.

    “DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

    “Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.

    Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.

    Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

    Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan ‘perang senyap’ dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping