Usaha menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang kini menjadi kontroversi di Selangor adalah semata-mata untuk membina legasi Si Menteri Besar Selangor yang sedang berkhidmat sekarang ni.
Demikian dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard Pengasas Solidariti Anak Muda Meroyan (SAMM) yang juga Ahli PKR yang digantung dalam forum yang dianjurkan malam semalam.
Dalam masa yang sama, Si Chagubard tu turut menegaskan niat Si Menteri Besar Selangor tu untuk menubuhkan DEIG sekarang ni sudah mula menjadi bahan bualan di kalangan orang ramai.
“Ketika pimpinan (bekas MB) Tan Sri Khalid Ibrahim, rakyat mengaitkan beliau dengan usaha memberikan air percuma dan integriti serta pelaburannya menjadi sebutan di seluruh negara.
“Tetapi, Azmin digunakan bagi menarik perhatian ramai, yang kemudian membawa kepada ciptaannya (DEIG).
“Saya rasa semua orang keliru mengenai alasan mengapa DEIG perlu ditubuhkan, tetapi bagi saya ia mudah (untuk memenuhi) egonya (Azmin).
“Tanpa berselindung, saya katakan, ini hanya untuk menunjukkan ego Menteri Besar untuk mencipta entitinya,” katanya pada forum `Selangor di bawah pentadbiran Azmin’ yang disiarkan secara langsung oleh portal SuaraTV.
Selain itu, Si Chagubard tu juga turut mempersoalkan berapa banyak Dana Rakyat Selangor yang akan digunakan bagi menubuhkan DEIG selain kos yang akan digunakan untuk membayar kakitangan.
Malah Si Chagubard menyatakan keluhan mengenai pembangunan kecil dalam tempoh 100 hari sejak Azmin memasuki pejabat Menteri Besar, di sebalik keGAGALan Pakatan ketika gerakan Langkah Kajang.
Maka kesimpulan mudahnya, kewujudan DEIG tu sebenarnya bukanlah untuk membantu menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, penubuhan syarikat bernilai RM 2 ringgit tu hanya sekadar untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi Si Menteri Besar Selangor tu je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.