Jumaat, Ogos 28, 2015

Kalau bab nak pertikaikan pasal kemewahan orang lain, memang Si Husam Musa tu pandai sangat. Tapi kenapa takde orang yang nak mempertikaikan kemewahan yang dia miliki selama ini?

Ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam Musa tu bukan sahaja membuktikan dia seorang pemimpin yang RETORIK, bahkan ianya menimbulkan kecurigaan dikalangan rakyat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah hari ini tampi dengan rasa 'hairan' terhadap motif Si Husam Musa tu yang membangkitkan isu kemewahan dalam kalangan pemimpin PAS Negeri.
"Saya tidak tahu (niat Husam). Cuma saya tertanya-tanya, jika betul beliau katakan begitu, saya tertanya-tertanya apakah motif dan tujuannya. 
"Pada saya tiada pemimpin PAS yang hidup mewah sebab kita semua mengikut kemampuan masing-masing. Dan kemampuan itu tidak sama antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mengulas kritikan yang dibuat oleh Husam bahawa pemimpin parti Islam Negeri itu hidup mewah dan sering mengadakan lawatan ke luar negara.

Malah semasa berucap di Majlis Penerangan dan Dialog Isu-isu Semasa PAS Kubang Kerian, Husam menggesa PAS Pusat memantau segala aktiviti Rejim PAS Kelantan agar tidak disalahgunakan.

Bekas exco negeri itu juga turut menyentuh apa yang berlaku di kalangan pemimpin PAS Kelantan itu dilihat bertentangan dengan garis panduan supaya berjimat cermat yang telah ditetapkan. 

Malah Si Husam tu juga turut membuat dakwaan, isu berkaitan dengan kemewahan pemimpin Rejim PAS Kelantan tu kini mula menjadi buah mulut dikalangan rakyat di Negeri tersebut. 

Sementara itu, Mohd Amar juga turut melahirkan rasa kesal terhadap fitnah yang mengaitkan beliau dengan pembelian kenderaan pacuan 4 roda model Range Rover.
"Saya tidak perlu komen sebab anda boleh fikir berapa harga (sebenar) Range Rover. Dan orang macam saya tidak mampu pun untuk beli," ujarnya ringkas.
Harakahdaily sebelum ini melaporkan bahawa Mohd Amar membeli kenderaan berkenaan daripada kawannya pada harga bawah pasaran dan ia adalah kereta terpakai dan bukan seperti yang didakwa.

Kemungkinan besar, Si Husam Musa tu tersalah dengar. Yang rakyat pertikaikan pada ketika ini bukan sahaja ada kaitan dengan pemimpin Rejim. Sebaliknya, kemewahan bagi seluruh kepimpinan PAS Kelantan, termasuk la diri dia sendiri!!! Jadi, jangan la dia buat - buat tak sedar diri pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pakcu Rantau Panjang28 Ogos 2015 pada 7:21 PG

    Dalam bab ni Pakcu bukan nak kata sapa-sapa yang kaut untung semasa jadi wakil rakyat dan exco, Cuma Pakcu taruh bimbang kalu lama sangat dok atas canggung dan selesa dengan kuasa yang rakyat serahkan untuk mentadbir negeri akan bertukar niat nanti kearah lain. Kerana bukan semua wakil rakyat "berhati wali".
    Mungkin YB. Husam lebih tahu kedudukan YB dan Tok wakil PAS semua kerana orang lain tak tahu apa yang ada dalam rumah tangga sendiri melainkan mereka yang menceritakannya. Jadi kalu tak mahu cerita terbongkar dan tersebar jangan dok bergaduh..sama sendiri kerana semasa sayang kurap pun dikata butir gatal..sekarang dah terserlah pun........walahualam.

    BalasPadam
  2. haha siapa tak kenal Husam Musa dengan projek semasa menjadi Exco dulu. semuanya projek juta-juta.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping