Selasa, September 22, 2015

Bercerai Kasih, Bertalak Tiga!!! Kiranya itulah perumpamaan yang paling tepat untuk kita berikan terhadap pendirian PAS terhadap kerjasama Politik dengan puak - puak DAPigs tu.

Nak pulak bila parti Ultra Chauvanist tu dilihat lebih cenderung menyokong puak - puak Pengkhianat Amanah Negara pimpinan Si Mat Sabu tu. Lagi la PAS enggan menyertai Pakatan 2.0.

PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.
"Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami telah mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di sini, Isnin.
Seterusnya Mohd Amar berkata, walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.
"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.
Selain itu, Mohd Amar turut menegaskan bahawa PAS juga tetap bersedia untuk bergerak secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang jika keadaan itu memaksa.
"PAS ada pengalaman bersendirian ... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya.
Mengulas lanjut, PAS juga katanya akan tetap memperjuangkan kerusi mereka walaupun terpaksa berdepan dengan pertarungan tiga atau empat penjuru jika Amanah turut bertanding.

Dalam erti kata mudahnya, tak perlu la pihak luar memaksa PAS untuk mengubah pendirian mereka. Terutama sekali dikalangan puak - puak PKR tu sendiri. Kalau setakat paksa untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping