Sabtu, September 19, 2015

Ulasan dari seorang sahabat: Insiden kes Imam Masjid Negara ditampar oleh warga asing sewaktu menunaikan solat - Sesungguh Allah S.W.T memberikan kita hidayah dalam apa cara sekali pun.

Penjelasan dan laporan secara terperinci mengenai apa yang telah berlaku hari ini sudah pun dilaporkan oleh pelbagai pihak dan mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat secara umumnya.

Cuma apa yang perlu kita renungkan ialah hidayah yang dapat diterjemahkan dalam insiden tersebut. Lihat bagaimana Imam tersebut tidak berganjak selepas beliau mengangkat takbir dan mengadap Allah S.W.T.

Walaupun diasak dan ditolak oleh lelaki warga asing itu, namun Imam tersebut tetap pada kedudukannya dan tidak berganjak sehinggalah lelaki warga asing itu menampar muka Imam.

Selepas ditampar, Imam berkenaan tetap bersabar dan tidak pula mengambil tindakan. Sebaliknya, makmum yang berdiri dibelakang tampil kehadapan dan mempertahankan Imam.
Demikian juga jika kita lihat kepimpinan kita hari ini. Saban hari Imam atau Ketua Negara kita diasak dengan pelbagai tohmahan serta dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh orang luar.

Sepatutnya, kita sebagai makmum yang berdiri dibelakang perlu mengambil tindakan mempertahankan pemimpin seperti mana yang dilakukan oleh makmum dalam insiden di Masjid Negara tu.

Tapi malangnya, takde dikalangan makmum ini yang berani mengambil tindakan sedemikian dan lebih rela membiarkan Imam itu bersendirian menghadapi segala serangan tersebut.

Tambah memalukan ialah apabila ada juga dikalangan makmum itu sendiri yang sanggup membuat dakwaan yang buruk terhadap Imam sedangkan mereka masih berada didalam saf.

Maka sama - sama la kita fikirkan. Adakah kita mahu istiqomah kita dalam perjuangan terus terhenti dan tidak dapat disambung semula hanya kerana kita enggan mempertahankan Imam? Atau sanggupkah kita jadi makmum yang setia dan berani tampil kehadapan? Sama - sama kita renungkan!!!
Categories:

5 ulasan:

  1. setuju...malah itulah yang dianjurkan oleh Islam....mudah-mudahan segala-galanya dipermudahkan...aminnn

    BalasPadam
  2. Maka ramai pula yang buat fitnah kononnya bahana Najib. Allah telah menunjukkan kepada kita bagaimana umat Islam diMalaysia menjatuhkan hukum yang tiada kaitnya dengan politik.

    BalasPadam
  3. tak perlu politik kan isu dengan bahasa tersirat......................

    BalasPadam
  4. Kenapa lah bangang sangat nak kaitkan insiden imam dengan pemimpin negara

    BalasPadam
  5. Berhati2 dgn warga asing yg berfahaman syiah, biadap tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping