Jumaat, November 27, 2015

Alahai!!! Kesian betul tengok nasib malang yang melanda Si Nurul Izzah tu sejak dia terpalit dengan kontroversi hangat berkaitan dengan gambar Si Puteri Kiram tu seminggu yang lepas.

Habis semua orang dilihat cuba menjadi pihak berkecuali sampai tahap kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PKR sendiri pun hanya dilihat bersifat seperti 'Acuh Tak Acuh' je.

Bahkan kenyataan Si Rafizi pun boleh dianggap 'Sangat Mengecewakan' bila dia hanya memberi alasan 'Tak Tahu' berkaitan dengan isu tersebut sewaktu ditemui oleh pihak media.

Rupanya, bukan setakat itu sahaja. Malah dikalangan ADUN yang mewakili parti itu sendiri pun dilihat cuba menjarakkan diri dari dipalit dengan kontroversi yang ditimbulkan oleh Si Nurul Izzah tu.

Perkara itu dapat dilihat apabila ramai dikalangan ADUN PKR tidak mengundi dalam usul yang dibentangkan sewaktu sidang DUN yang mendesak agar Si Nurul Izzah tu diharamkan datang ke Sabah.

Usul itu diluluskan dengan 47 undi menyokong daripada Barisan Nasional (BN) manakala tiga wakil rakyat berkecuali iaitu iaitu Wilfred Bumburing (bekas-PKR), Jeffrey Kitingan (STAR) and Edwin Bosi (DAP).

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) keluar dewan sebelum pengundian dijalankan iaitu Christina Liew, Roland Chia dan Terence Siambun dari PKR dan masing-masing dua Adun DAP iaitu Chan Foong Hin dan Junz Wong.

Seorang lagi Adun tidak hadir. Berdasarkan situasi ini, adakah ia menunjukkan PKR tidak menyokong dua Naib Presiden mereka manakala DAP pula bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN)?

Persoalannya, kenapa pulak ADUN dikalangan PKR tu semuanya bertindak menjadi pihak berkecuali dan tidak cuba untuk menolak usul yang telah dibentangkan terhadap Si Nurul Izzah tu?

Adakah mereka juga takut di 'Mark' oleh rakyat Sabah sendiri dan dilabelkan sebagai 'Pengkhianat'? Atau, adakah mereka juga bersetuju dengan pembentangan usul yang telah dibuat?

Walau apa pun alasannya, yang jelas tindakan Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dan bergambar dengan Puteri Kiram itu adalah tidak wajar. Ianya sekali gus membuktikan bahawa dia sanggup melakukan apa saja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping