Jumaat, November 13, 2015

Wah!!! Nampak gayanya kesombongan dan keangkuhan dikalangan puak - puak Pengkhianat tu dah semakin menjadi - jadi. Dan kali ini mereka luahkannya secara terang - terangan.

Jika sebelum ini, ancaman yang dibuat oleh puak - puak Pengkhianat tu seolah - olah tidak dipedulikan lansung oleh PAS yang mendakwa ianya hanya sekadar omongan kosong belaka.

Malah, PAS dilihat masih tetap dengan pendirian mereka dan menganggap kononnya ramai ahli serta pemimpin parti itu menyokong puak - puak Pengkhianat tu sebagai satu tindakan terdesak.

Mungkin dek kerana pendirian itu yang membuatkan puak - puak Pengkhianat tu tampil memberikan gambaran bahawa 'Harumanis' pertama mereka akan 'gugur' pada 19 November nanti.
“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah. Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya.


“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.
Apa yang pasti, kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin dikalangan puak - puak Pengkhianat tu jelas mempamerkan sifat Sombong dan Angkuh mereka secara terbuka.

Katanya, gelombang pertama gugurnya 'Harumanis' itu akan berlaku dikawasan Parlimen Pokok Sena, dimana Si Mahfuz Bean tu menjadi Ahli Parlimennya. Ianya melibatkan 300 orang ahli PAS.

Persoalannya, kenapa mereka memilih kawasan Si Mahfuz Bean tu untuk menjadi kawasan pertama gugurnya 'Harumanis' ini? Adakah puak - puak Pengkhianat tu mahu memalukan Si Mahfuz Bean?

Atau, adakah Si Mahfuz Bean tu sendiri yang merelakan Pengkhianatan itu berlaku dikawasan Parlimen dia sendiri dan dia hanya sekadar menutup mata serta memekakkan telinga?

Jika dilihat sejak kebelakangan ini pun, kelibat Si Mahfuz Bean tu lebih banyak cenderung ke arah puak - puak Pengkhianat tu walaupun dia masih menjadi ahli dan juga pemimpin PAS.

Kalau benar Si Mahfuz Bean tu ada kaitan dengan Pengkhianatan yang dilakukan dikawasan dia dan menjadi 'Tangan Ghaib' disebalik gerakan itu, maka sudah pasti rakyat boleh melihat wajah sebenar dia. Selama hari ini, dia hanya ibarat 'Musang Berbulu Ayam'!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Jangan ambil peduli dengan puak puak kecewa yang menjadi barua al juburit laknatullah tu...biarlah mereka nak buat apa...kita tak tergior dengan harum manis ker harum PAN*** Normah Syabu ker ..

    Yang penting mula sekarang kita bangkitkan semangat orang Islam dikalangan Bangsa Melayu ini untuk menyedari bahawa di hadapan kita hanya ada 2 pilihan sama ada PAS atau UMNO. Bagi kita yang menjadi rakyat jelata dan pengundi berdaftar, kita mahu bersama Islam dan memertabakan Islam yang dianuti oleh keseluruhan bangsa Melayu di Malaysia ini..dengan cara itu kami berkeyakinan bahawa Islam tertegak dan bangsa Melayu akan terjamin kelangsungan kehidupan mereka sementara datangnya akhirat !!!!

    Wahai orang Islam Malaysia yang berbangsa apa sekali pun, mari kita berusaha agar kita bersatu sebagai satu umat yg mencari redho Allah dalam mencari kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat ....

    Najib dan Hadi serta seluruhan kepimpinan UMNO dan PAS, berusahalah ke arahkan menyatukan kami rakyat Malaysia, jangan jadikan wadah politik kalian sebagai penghalang keapda kejayaan Islam dan umatnya di Malaysia...

    BalasPadam
  2. kesombongan dan kengkuhan makanan g18 he he.itu ja yg ada bila mereka sendiri perasan/syok bila anggap pas ..parti kekampungan;mereka lah bawa hingga ketahap skrg.mendabik dada tugasan amanah meneruskan momentum itu...alahai g18 tak ada hati nak kongsi he he dan seruannya makin kesumat dendam orang kalah.


    cantik.pas bukan orang yg kalah untuk sebuah prjuangan yg diredhoi bila putra jaya bukan segalanya.menguasai diri dlm politik demi kesejahteraan menurut amalan islam itu lah 'kuasa' mutlak.aq ja yg kata gitu ho ho.amanah pkr hb no no no..kata dap pun no no no

    harumanis takberulat he he

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping