Jumaat, November 27, 2015

Heh! Pelik betul tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi ni. Kalau kita baca kenyataan dia pun memang nampak sangat macam ada benda yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.

Dari kenyataan yang dibuat semalam, Si Rafizi tu seolah - olah nak mendakwa KONONnya ada pihak yang sengaja nak mensensasikan isu berkaitan Usul Tidak Percaya terhadap Ketua AMK tu.

Kata Si Rafizi, selaku Setiausaha Agung parti, pihak dia masih tidak menerima sebarang usul atau pun laporan berkaitan isu tersebut. Maka sebab itu dia membuat kesimpulan sedemikian.
"Saya belum dapat laporan sebab saya hanya dapat tahu sedikit yang dilaporkan dalam televisyen. Itu berbentuk sensasi, kerana ia bukan dari sumber rasmi parti. Saya minta laporan daripada AMK tentang perkembangan terkini. 
"Esok Kongres PKR, dan Jawatankuasa Usul sudah tentu akan berbincang terlebih dahulu. Jika betul ada usul sedemikian akan dibawa ke persidangan Kongres AMK, parti akan dimaklumkan lebih awal," katanya ketika ditemui media, petang tadi.
Sebelum ini timbul tekanan dari ahli diperingkat akar umbi terhadap Nik Nazmi menerusi usul undi tidak percaya dalam Kongres PKR Nasional yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Memetik sumber, katanya salah satu cabang AMK di Kedah telah memfailkan borang berkenaan usul itu yang mendakwa Nik Nazmi tidak berkemampuan untuk memimpin sayap parti itu.

Persoalannya, siapa pihak yang nak mensensasikan isu tersebut dan apa tujuanya? Adakah Si Rafizi tu nak tuduh orang luar yang sengaja membangkitkan isu tersebut? Atau, dia cuba nak sembunyikan sesuatu?

Laporan Merosakkini
Hakikatnya perkara itu yang perlu dijelaskan oleh Si Rafizi tu secara terbuka. Jangan pulak Si Rafizi tu cuba nak memperlekehkan kemampuan rakyat dengan hanya membuat dakwaan sedemikian.

Adakah Si Rafizi tu ingat rakyat Malaysia lupa apa yang pernah berlaku sebelum ini dimana Si Nik Nazmi tu pernah diboikot oleh barisan Exco dia sendiri apabila berdiri untuk memberikan ucapan?

Nah! Itu membuktikan bahawa memang ada dikalangan pemimpin AMK tu sendiri yang tak 'sebulu' dengan Si Nik Nazmi dan perkara itu tidak boleh dinafikan oleh Si Rafizi dengan begitu sahaja. Jangan Si Rafizi tu cuba nak TIPU diri dia sendiri pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping