Ahad, November 15, 2015

Hehehe!!! Ada jugak yang bagi respon macam tu ek? Memang gila betul la Politik Longkang puak - puak Pakatan Haprak ni. Sampai tahap sanggup dia nak angkat sumpah lafaz cerai isteri?

Nauzubillah. Apa yang membuatkan kita tertanya - tanya, kenapa sampai tahap itu Si Husam tu sanggup ambik tindakan hanya semata - mata nak membuktikan dakwaan dia benar?

Kalau betul pun dakwaan yang dia buat, apa yang dia dapat? Apa faedah yang akan dia perolehi? Adakah dakwaan yang dia buat tu akan memberi manfaat kepada PAS diperingkat akar umbi?

Bila sebelum ini orang bangkitkan persoalan, 'Apa Tujuan Husam' disebalik pendedahan yang dibuat, dia kata demi untuk menegakkan kebenaran. Kebenaran apa yang dia nak tegakkan?

Adakah dia sekadar nak membuktikan bahawa kepimpinan PAS Pusat yang dipimpin oleh Hadi Awang selama hari ini cuba nak menipu rakyat dengan mengatur rancangan bersama UMNO?

Adakah ianya satu Dosa Besar mengikut takrifan orang seperti Husam sekiranya kepimpinan PAS Pusat merangka kerjasama dengan UMNO seperti yang didedahkan sebelum ini?

Semua persoalan itu perlu dijelaskan oleh Si Husam dengan jujur. Sekiranya benar dakwaan yang dibuat, apa yang dia harapkan? Adakah dia mengharapkan ahli berprasangka buruk terhadap Hadi Awang?

Lepas tu apa? Mengharapkan mereka menumbangkan Hadi Awang selaku Presiden parti? Adakah itu sahaja niat dia? Sekadar nak menjadi HERO yang BERJAYA menggulingkan Presiden?

Hari ini, Si Husam tu pulak dicabar untuk mengambil tindakan seperti mana yang dia sendiri nyatakan sebelum ini. Kalau dia Berani, angkat Sumpah Lafaz Talak tu secara terbuka. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan air liur je!!!
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencabar pemimpin PAS pro-DAP Husam Musa untuk bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaannya berhubung usaha pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor.

Sambil menafikan dakwaan Husam, presiden PAS itu menyifatkan ianya sebagai satu yang ketinggalan zaman.


"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah. Kalau apa yang dia kata itu betul, kami berbohong mesti dia bersumpah," katanya kepada pemberita di majlis "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Hebat ustaz hadi.kalu macamni pas akan bangkit semula

    BalasPadam
  2. TAKSAH GEGER2 HUSE MUSANG NAK ALIH ISU KAMBING JAMNAPARI DAH KENA BUAT KARI,ISU DINAR MAS REGA SAMAH,ISU STADIUM MEGA,ISU LEBUH RAYA RAKYAT BALAK KENA SEBAT,DAN KOHILAL YANG DAH TERBARAI.

    BalasPadam
  3. goyang la UMNO dan PAS ni..Presiden org nk guling..baik jadi KETUM dlm PKR tak ada sape pun nk guling..jawatan tanpa undian..KETUM kini dan selamanya..kikiki

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping