Khamis, November 19, 2015

Entah kenapa secara tiba - tiba Setiausaha Agung PKR, Si Rafizi Ramli dilihat terlalu takut untuk menjawab soalan - soalan yang diajukan oleh wartawan portal BNBBC.my dan Antarapos?

Rasa fobia Si Ahli Parlimen Pondan itu dilihat ketika dia menghalang Wan Azizah dari menjawab soalan wartawan portal BNBBC sewaktu sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Wartawan BNBBC.my Nur Aslinda Nasir dan wartawan Antarapos Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar merupakan diantara para wartawan yang turut hadir dalam sidang media tersebut.

Ketika Wan Anis bertanya dan mengajukan soalan kepada Wan Azizah, Rafizi yang berdiri di belakangnya dilihat terus mencelah sambil berkata, “Itu dari Antarapos, sebelah dia BNBBC...”.

Soalan yang dikemukakan oleh wartawan Antarapos itu cukup mudah, "Adakah PKR akan tetap cuba untuk memujuk PAS agar menyertai Pakatan Harapan?" Itu sahaja soalannya.

Rafizi pada ketika itu kelihatan cuba menjawab soalan yang ditujukan kepada Wan Azizah tetapi terus terdiam apabila ketuanya itu menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut.

Selepas beberapa sesi soal jawab, wartawan BNBBC.my mencelah meminta Pakatan Harapan menyatakan pendirian atau pandangan mengenai tiga ahli parlimen PAS yang menyokong undi tolak Bajet 2016 Isnin lalu.
Rafizi sekali lagi mencelah, “pergi tanya dia oranglah, cakap terima kasih sahajalah Kak Wan kepada BNBBC dan Atarapos ni,” kemudian disambut dengan pimpinan Pakatan Harapan lain yang turut menyatakan perkara yang sama ‘it’s not our business’.
Dalam keadaan yang tiba-tiba kecoh, Wan Azizah berkata, "takkan saya nak jawab? Ha..terima kasih sahajalah..." lapor blog Generasi Pejuang Bangsa
Persoalannya kenapa Si Rafizi tu sibuk sangat dan mencelah sedangkan soalan yang diajukan oleh wartawan itu ditujukan kepada Wan Azizah selaku Presiden PKR dan bukan kepada dia?

Adakah Si Rafizi yang selama ini kelihatan hebat didalam Dewan Rakyat dan buat macam - macam kenyataan media tidak berani nak berdepan dengan soalan - soalan yang sedemikian rupa?

Atau, adakah Si Ahli Parlimen Pandan tu ingat semua orang pun macam dia yang suka memutar - belitkan kenyataan orang lain demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?

Apa yang jelas, tindakan Si Rafizi tu membuktikan bahawa dia seolah - olah Takut Pada Bayang - Bayang sendiri. Selama hari ini, dia yang suka putar - belitkan kenyataan orang lain untuk mengelirukan rakyat. Bila kena batang hidung sendiri, tau pulak dia TAKUT!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping