Selasa, Disember 29, 2015

Alahai!!! Kesian pulak bila tengok perangai rakyat di Malaysia ni. Rata - rata mentaliti mereka suka sangat nak mengkritik benda yang remeh - temeh dan menjadikan ianya isu besar.

Realitinya, memang kebanyakkan rakyat di Malaysia ni suka memperbesar - besarkan cerita sedangkan perkara tu tak perlu diberikan perhatian sangat. Walhal, ianya cuma cadangan semata - mata.

Takkan hanya kerana kita tak suka dengan cadangan tersebut, maka kita nak paksa semua orang untuk tidak menyukainya? Kamon la!!! Fikir la dengan Kepala Otak, jangan guna Kepala Lutut.

Padahal isu yang dibangkitkan takde la besar mana sangat pun jika difikir dengan waras. Dan artikel yang ditulis ni bukannya nak back-up kenyataan yang dibuat oleh Menteri terbabit.

Semua tu berlaku kerana persepsi negatif yang diberikan, terutama dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu yang menjadikan isu tersebut sebagai satu isu yang perlu diperbesar - besarkan.

Kalau Menteri tu tak sebut pun, memang ramai dikalangan kakitangan awam pada ketika ini yang buat kerja lebih dari satu sebab nak menambah jumlah pendapatan mereka yang sedia ada.

Ada dikalangan kakitangan awam yang jual tupperware dipejabat. Ada jugak yang dok jual ubat, jadi agen insuran dan sebagainya. Benda tu memang dah biasa dilakukan. Cuma ianya tak diperbesarkan.

Sebelum tahun 2000 dulu pun memang dah ada yang dok buat kerja macam tu. Siang dia kerja pejabat, malam dia berniaga. Pelik sangat ke? Kenapa masa tu takde orang nak pertikai?

Misal contoh seorang Cikgu. Siang dia mengajar, malam dia buat tuisyen. Adakah itu satu fenomena yang menghairankan bagi kita? Perlu ke perkara seperti itu diperbesar - besarkan?

Dan jika kita tanya kenapa Cikgu tu buat dua kerja, sudah pasti dia akan kata, "Untuk Tambah Pendapatan". Soalnya, adakah gaji yang dia terima sebagai Cikgu tu tidak mencukupi?

Kenapa perkara seperti itu tidak dijadikan sebagai satu persoalan dikalangan rakyat? Kenapa bila ada Menteri tu cerita pasal soal 'Dua Kerja', ramai pulak yang meroyan tak tentu arah?

Sebab yang bercakap tu Menteri Barisan Nasional. Maka sebab itu isu sedemikian kecil pun nak diperbesar - besarkan oleh semua pihak. Yang isu pasal DAPigs sokong atlet Israel atau Si Ketua Penipu tu sondol 'Chinadoll' tak nak pulak dijadikan satu isu besar!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. memang gitu la mentaliti berhati cucucicit pembangkang tegar bawaan dap he he..semuwa negetif!selain depa.siapa nak angkat selain sendiri.

    dari masalah hilang tanah..hilang pendapatan..hilang kturunan..hilang warisan...hilang maruah..hilang teloq.....tak berani ngaku kesilapan sendiri! pun selamba je meratah jasa baik bn.selama ni malaysia negara hasil pemerintah yg berbudi lagi berjasa pada semua tak kira bangsa dan agamanya.kesungguhan menaik taraf sebagai dewasa tidak dirasai orang2 mcm ni, dap tong tong untung he he.bak orang kata kehilangan...(?)....makan mati bapak-luah mati mak, apa dap perduli.hanya yg perduli pan ho ho...itu mottonya he he.
    selamat pagi!

    BalasPadam
  2. masalahn7ya menteri cap ayam tu bagi tahu dia buat 3 kerja...sedangkan masa kerja ketiga2nya adalah masa yg sama dan dgn kemudahan yg sama...sedangkan jika seorang penjawat awam nak buat dua atau tiga kerja dalam masa yg sama boleh ke...tak langgar peraturan ke...dan mana logiknya kalau melibatkan spt kata harith iskandar 3 kerja maka 3 x 8jam = 24 jam....gia la namanya..kerana tu kita kata menteri tu kurang waras dalam bercakap...namun bagi orang yg tak waras macam tuan tentu itu suatu cadangan bernas...hihihi gurau je maap ye...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping