Aduhai!!! Kesian betul. Masih tak cukup famous lagi rupanya Si Kim Kardashian ni diserata dunia sampai tahap masih ada jugak artis di Malaysia ni yang tak kenal dengan nama singkatan yang biasa digunakan.
Inilah bahananya bila suka sangat melatah tak tentu arah. Penyudahnya bila dah 'Songeh', mula la nak meroyan tak tentu pasal. Kadang - kadang meluat jugak tengok perangai gini gaya.
Peminat Troll suruh 'Mintak Maaf' |
Hanya semata - mata dia sendiri salah faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengikut dilaman Instagram, membuatkan artis kita sorang ni tetiba je melatah tak tentu pasal.
Umur muda, tapi malangnya perangai macam orang tua yang dah nyanyuk. Kalau tanya budak sekolah rendah pun diorang pasti kenal dengan nama Kim K, singkatan kepada nama Kim Kardashian.
Mungkin dek kerana nak cover malu punya pasal, artis kita yang sorang ni terpaksa la buat laporan kepada pihak Polis. Tapi persoalannya, adakah laporan Polis itu dibuat terhadap isu salah faham mengenai nama singkatan Kim K tu dilaman media sosial artis tersebut?
Yang lebih kelakarnya ialah apabila melihat artis kita yang sorang ni berlagak macam dia sorang yang 'Up To Date'. Tapi Kim K pun dia tak kenal. Malu le, orang kampung pun kenal siapa Kim K tu!!!
Ni nak bagi tau kat artis kita yang agak - agak 'Up To Date' sangat tu. Kalau nak kenal siapa Kim K tu, Google dulu. Kemudian follow Instagram dia. Jangan setakat gaya je 'Up To Date' tapi mentaliti setakat duduk bawah 'Tempurung'!!!
PS: Lebih kurang sama macam alasan dalam kes Si Nurul Izzah tu jugak la. Dia bergambar dengan Puteri Kiram tu. Kemudian ada pulak yang kata dia tak kenal dengan siapa dia bergambar!!!
bohay ,,,,,,,,,,
BalasPadam