Jumaat, Disember 04, 2015

Inilah bahananya bila suka sangat memperlekehkan sentimen dikalangan rakyat. Orang dah pesan, lain kali kalau nak buat satu - satu kerja tu, guna la kepala otak dulu. Jangan guna kepala lutut.

Dek kerana kurang sensitif terhadap sentimen yang masih lagi bermain dikalangan rakyat Malaysia membuatkan Si Nurul Izzah tu sendiri tersepit dalam kontroversi yang masih hangat diperkatakan.

Sampai tahap, ucapan perbahasan yang dia buat ketika usul untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Dewan Rakyat, disifatkan sebagai ucapan berpura-pura.

Ahli Parlimen BN-Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, gambar mesra Nurul Izzah dengan anak sulung ketua pencerobohan Lahad Datu, Jacel Kiram memberi gambaran sebaliknya.
“Kita melihat apa yang dibahaskan Lembah Pantai adalah satu kepura-puraan dalam isu ini. Seperti kita sedia maklum, gambar Lembah Pantai dan Jacel menjadi viral.
“Ceria bergambar dengan Jacel Kiram dan poster bebas Anwar menunjukkan beliau tidak ada rasa sedikit belas kasihan terhadap rakyat Sabah.
“Jelas keluarga Lembah Pantai tidak ada semangat patriotik dan cintakan negara. Petualang bangsa dan pengkhianat negara kita,” katanya ketika membahaskan usul tersebut.
Hari ini, Speaker Dewan Rakyat mengumumkan, usul merujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan dengan 105 menyokong, manakala 77 lagi membantah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membentangkan usul itu berkata, tindakan Naib Presiden PKR itu merupakan satu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah itu memang tidak wajar. Kot ye pun dia sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dan memperjuangkan kebebasan seorang PELIWAT, takkan sampai tahap dia sanggup nak bersekongkol dengan pihak musuh Negara!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Aku boleh faham Izzah kempen bebaskan Anwar, pasal dia anak Anwar, tapi Jacel kempen bebas Anwar? Tak pelik ke? Dia bukan orang Malaysia pun. Apa dia dapat kalau Anwar bebas? Apa janji Izzah/Anwar kepada Jacel? Kalau Anwar jadi PM, nak bagi Sabah kat keluarga Kiram ke?

    BalasPadam
  2. Humban kat boya saja anak puaka ni.....

    BalasPadam
  3. budak ni belum cukup matang, cakap tak matang, jadi rakyat Malaysia pun tak matang, jadi MP pun tak matang, atas suruh paksa mak pak, pengundi lembah pantai pun dah bosan dengan budak ni...apa dia buat untuk menang kerusi lembah pantai...dia menipu..ini quality dia sama macam bapak dia, macam emak dia...letak jawatan..dah kaya raya dengan duit pak hang angkut masa jadi menteri dulu..

    BalasPadam
  4. Kalau org kata pengkianat tak marah pulak dia adalah janji dia pada anak pengganas yg diiktiraf oleh kerajaan filipina tu sebab nakkan negeri sabah. Dah sah sah jurucakap pengganas kenapa kerajaan filipina biarkan. Agak pelik lebih tu kerajaan boleh kerjasama pulak dgn kerajaan filipina dlm menentang ancaman mereka terhadap sabah. Bagaimana justo boleh dijanjikan bayaran selepas pkr berkuasa begitu juga ada janji tertentu dalam perbincangan mereka. Bukan gambar bersama yg jadi isu tapi agenda mereka ke sana sepatutnya dipantau oleh pihak berkuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping