Mahkamah Rayuan Britain telah membuat keputusan, memerintahkan kes perceraian taikun Malaysia Tan Sri Khoo Kay Peng dan isterinya, Pauline Chai boleh diteruskan di negara itu.
Menurut laporan akhbar The Telegraph, Khoo cuba untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi British untuk membenarkan prosiding diteruskan di sana, namun ianya ditolak oleh pihak mahkamah.
Pada Jun lalu, Mahkamah Rayuan di Malaysia memerintahkan bahawa Chai tidak mempunyai hak untuk memilih lokasi dia akan menetap kerana undang-undang biasa masih terpakai iaitu isteri perlu mengikut tempat kediaman suami iaitu di Malaysia.
Pauline Chai |
Chai yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia/Antarabangsa 1969 memfailkan prosiding perceraian di Britain pada 14 Februari 2013 menentang suaminya bagi memperolehi separuh daripada hasil kekayaan yang bernilai 500 juta euro (RM2.75 bilion) sebagai tuntutan penyelesaian.
Dilaporkan Chai akan mendapat bayaran tuntutan harta sepencarian yang lebih kecil jika kes tersebut diputuskan mengikut undang-undang Malaysia berbanding jika kes tersebut didengari di Britain.
PS: Pusing - pusing, bukan soal 'Keadilan' tu yang dicari dek orang. Tapi sebaliknya, kepentingan peribadi tu jugak yang didambakan oleh manusia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.