Khamis, Disember 24, 2015

Heh!!! Lain macam je kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Nampak gayanya, macam dia dah insaf selepas dia KANTOI menabur fitnah terhadap Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini.

Kalau tidak, Ahli Parlimen Pokok Sena yang mengibaratkan diri dia macam 'Harumanis, diluar Hijau didalam Oren' tu lebih cenderung ke arah menentang UMNO seumur hidup dia.

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Si Mahfuz Bean tu katanya bersetuju dengan segala keputusan kepimpinan PAS sama ada ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.

Sebagai ahli PAS, dia katanya akan sanggup untuk menurut segala perintah dan percaya kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan yang terbaik demi masyarakat Islam seluruhnya.
“Saya hanya menyerahkan keputusan kepada parti, kalau dia nak bergabung dengan BN pun kita setuju, kalau tak nak bergabung pun kita setuju,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas Naib Presiden PAS, Mohd Amar bahawa keputusan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk mengadakan hubungan baik dengan UMNO bukan dilaksanakan secara bersendirian.

Menurut Mohd Amar, semua kepimpinan PAS bersetuju mewujudkan hubungan baik dan bekerjasama dengan UMNO khususnya dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan rakyat.

Tapi, kenyataan Si Mahfuz Bean tu agak berbeza dengan semalam dimana dia kata yang dia percaya kepimpinan PAS kini sedang terbahagi dua ekoran keputusan untuk bergabung dengan UMNO.

Si Mahfuz Bean tu menjadikan alasan kenyataan Naib Presiden, Idris Ahmad yang menggesa individu yang mahu melihat penggabungan PAS dan UMNO agar meninggalkan parti itu adalah maksud tersirat yang menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan PAS.

“Kenyataan YB Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan PAS sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan UMNO BN, manakala satu pihak lagi menentang.

“Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka, tetapi kenyataan YB Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa PAS,” katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. susah klu jadi orang he he.ikut je s
    stu pilihan mereka yg mahu merendah diri.ooh apa agaknya tanggung jawb pemimpin? klu silap perhitungan..beginilah berjemah.najib hadiazizahmtsabu..lks dll tu kapla keretapi.masalah besar rasanya.klu bukan islam x kesah..yg islam ni jadi delema cari sendiri.'perpaduan dlm kontek islam yg indah untuk semua' pun diputar2 sedemikian rupa he he.
    keretapi ku sama2 ke destinasi.
    pemimpin ku bersama krewnya berjasa ho ho
    amin yarabbil alaamin!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping