Khamis, Disember 17, 2015

Nampak gayanya, apa yang diwar-warkan sebelum ini mengenai pertemuan dua orang pemimpin parti yang didominasikan oleh orang Melayu ini akhirnya bertemu diatas satu pentas.

Walaupun mereka bertemu bukan la untuk menjalinkan kerjasama Politik, tetapi setidak - tidaknya ia dilihat sebagai satu langkah ke arah perpaduan Ummah yang selama ini didambakan oleh rakyat.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di sini diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu Pas dan Umno.

Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Dalam konteks (tema:Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (Pas dan Umno).

"Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog...dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Forum tiga hari bermula Rabu anjuran Rabitah (Liga) Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut dijadualkan untuk menyampaikan ucap tama beliau selepas Najib merasmikan seminar berkenaan.

Najib, sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya sebagai Presiden Umno di Perhimpunan Agung parti itu 10 Disember lepas, telah menghulurkan "tali silaturahim" kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," kata Najib.

Tapi apa yang kita harapkan, jangan la lepas pertemuan ini ramai pulak Macai dari kalangan pentaksub dan pemuja puak - puak DAPigs tu meroyan tak tentu arah sampai tahap berguling atas jalan raya pulak!!! Takut nanti, ramai pulak yang masuk Tanjung Rambutan!!!
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Hadi awang kena lebih berhati hati...

    BalasPadam
  2. Dakwaan Terbaru WSJ - 1MDB Bayar $850 Juta Kepada Syarikat Yang Namanya MIRIP Syarikat Kepunyaan IPIC

    Satu lagi fitnah terbaru dari WSJ berkaitan isu 1MDB khususnya berkaitan pembayaran dana kepada IPIC yang sebelum ini didakwa oleh WSJ tidak diterima oleh IPIC padahal pihak 1MDB berkeras kata semuanya ada dalam rekod akaun.

    Kali ini WSJ mendakwa 1MDB ada membuat pembayaran USD850 juta tahun lalu kepada sebuah syarikat offshore yang ditubuhkan supaya namanya mirip kepada syarikat yang dimiliki oleh IPIC. 

    Menurut WSJ, 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd yang namanya hampir sama dengan syarikat milik IPIC/Aabar iaitu Aabar Investments PJS.

    Menurut dakwaan WSJ kali ini, kerana itulah makanya 1MDB kata dah bayar tapi IPIC kata tak terima pun !

    Bayaran dipercayai berkaitan Option IPIC. 

    Hmmmm ...... disebalik apa yang dikatakan sebagai 'puluhan kali penjelasan' yang telah diberikan oleh 1MDB dan Najib mengenai isu 1MDB, tidak ada satu pun menjelaskan sepenuhnya Option IPIC. Berapa jumlah yang 1MDB kena bayar untuk tebus, berapa yang sudah dibayar dan berapa bakinya ?

    Saya copypaste artikel WSJ itu di bawah untuk sama2 kita nilaikan kesahihannya ..... diharap pihak 1MDB seperti biasa, akan segera tampil beri penjelasan dan bukan mengelak ( seperti biasa juga )

    BalasPadam
  3. Dakwaan Terbaru WSJ - 1MDB Bayar $850 Juta Kepada Syarikat Yang Namanya MIRIP Syarikat Kepunyaan IPIC

  4. Manusia merancang...Allah pun ada perancangannya...dan perancangan allah lah yang sempurna dan terbaik buat kita...Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar

    BalasPadam
  5. 'atiqah nur hummairah..
    daif umur tapi segar janji kpd tuhan
    tak mcm dua otang tua tu
    kaya usia
    tapi baru saja ingat/mengerti
    erti memegang tali mu' he he
    (sajak!? kelahiran putri aq).anak malaysia yang mengharap sesuatu keberkatan bila umno sama pas leh berganding2salam2 dsb ho ho.siapa lagi klu tak mereka?
    tapi setan di mana mana tak pernah mengenal erti rehat menyesat..cam la dap pan dan ph.
    hidup bn untuk negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping