“Saya bersumpah atas nama tuhan, tidak akan keluar dari parti UMNO. Hidup dan mati akan tetap setia bersama UMNO”. Itulah kata-kata Maharom Panjang Wahad.
Namanya mungkin tidak pernah didengari di dada-dada akhbar, namun wanita berusia 79 tahun inilah yang melahirkan Bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman atau Kak Midah.
Maharom yang biasa membahasakan dirinya dengan panggilan "Makcik" itu menceritakan bahawa beliau dan keluarganya merupakan penyokong tegar parti Melayu itu selama hari ini.
“Sampai tutup mata (meninggal), makcik tidak akan berubah kepada parti lain,” ujarnya.
Malah, ibu kepada enam orang ini turut berpesan kepada anak-anaknya agar terus setia hingga ke akhir hayat kepada parti yang diasaskan oleh Presiden UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar.
“Makcik pesan pada anak-anak makcik, jangan keluar dan tinggalkan UMNO. Kami (ahli keluarga) tidak akan berundur dari UMNO. Makcik juga sudah sebati dengan UMNO
“Tidak usahlah sokong pembangkang. Sokonglah UMNO. Sekarang ini, kalau ada yang ugut untuk kerat dan desak makcik keluar dari UMNO, makcik takkan keluar maka keratlah,” katanya.
Kecintaan Maharom kepada UMNO itu bersandarkan kepada pengalaman perit yang pernah beliau lalui ketika dijajah oleh pihak Jepun dan komunis sebelum ini.
Menceritakan pengalaman, wanita tua yang masih sihat tubuh badannya itu sanggup mengorbankan cincin perkahwinannya bagi menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan Tuanku Abdul Rahman ke London untuk memerdekakan negara.
Bahkan, demi perjuangan untuk anak bangsa, wanita ini sanggup merahsiakan mengenai status cincin perkahwinan hadiah pemberian suami yang tercinta.
“Bila Tuanku Abdul Rahman hendak memerdekakan negara. Kami beramai-ramai berikan sedekah dan derma. Masa itu, makcik tidak ada wang, jadi makcik serahkan cincin perkahwinan. Digadai dengan harga RM9.00,” ujarnya.
Dalam erti kata mudahnya, tak usah la puak - puak Pengkhianat Amanah Negara tu nak buat muka tak malu dengan menjemput anak Makcik ni masuk parti diorang. Lain la kalau anak Makcik ni sanggup mengkhianati pesan yang ditinggalkan oleh ibunya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.