Selasa, Disember 15, 2015

Gesaan Kumpulan G25 supaya dimansuhkan hukuman khalwat terhadap orang Islam dengan mendakwa melanggari hak kebebasan seseorang seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak relevan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS berkata, Perlembagaan tidak memberi hak kebebasan mutlak kepada warganegara melakukan apa sahaja termasuk melanggar undang-undang digubal Parlimen dan Dun.

“Perlembagaan memberi hak dan kuasa untuk kerajaan negeri menggubal undang-undang Islam yang dikuatkuasakan kepada orang Islam menerusi Mahkamah Syariah. Adalah menjadi hak kerajaan negeri menggubal undang-undang Islam termasuk undang-undang khalwat,” katanya.

Menurutnya, khalwat bukan hanya perlakuan individu yang memberi kesan negatif terhadap pelaku malah perlakuan tidak bermoral itu memberi kesan kepada masyarakat kerana menjurus kepada zina merosakkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan.

“Gesaan G25 itu pemikiran liberal yang menular di Nusantara bagi menghancurkan kerangka undang-undang Islam serta moral umat Islam dengan menjadikan hak asasi acuan Barat hujah,” katanya.

Mengenai pandangan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang menolak tindakan pihak berkuasa agama mengadakan serbuan dan intipan juga tidak tepat.

“Hujah beliau bahawa Islam tidak benarkan intipan terhadap perlakuan maksiat adalah hujah umum yang perlu diperincikan. Ini kerana apabila tokoh ulama menegaskan haram melakukan intipan maksiat, mereka memperincikan keadaan pengecualian yang dibenarkan,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, antaranya ialah apabila ia melibatkan maksiat tersembunyi yang boleh membawa kepada tercemarnya maruah dan kehormatan seperti zina dan pembunuhan.

“Apabila ada aduan bersifat sangkaan yang kuat, pihak berkuasa dibenarkan melakukan intipan dan penyelidikan. Antara ulama yang menegaskan keharusan intipan dan serbuan khalwat ialah Abu Ya’la (al-Ahkam al-Sultaniyyah) dan al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah). Imam Nawawi dalam Syarh Muslim dan Ibnu Rajab al-Hanbali (Jawami’ al-’Ulum) juga mempunyai pandangan sama,” katanya.

Ini termasuk tokoh ulama kontemporari, Dr Mustafa Bugha dan Muhyiddin Mistu dalam al-Waafi, Dr Na’im Yasin dalam karya al-Jihad wa Mayadiinuh wa Asaalibuh serta Dr Ali al-Qarni dalam tesis beliau al-Hisbah fi al-Madi wa al-Hadir.

“Undang-undang khalwat bertujuan menjaga maruah dan moral umat Islam daripada terlibat dengan perlakuan zina diharamkan agama dan menjadi sebahagian tanggungjawab pemerintah dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, intipan dan serbuan khalwat pihak berkuasa setelah mendapat aduan yang dipercayai adalah dibolehkan dan terkecuali daripada larangan mengintip maksiat tersembunyi yang disebut dalam hadis.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mufti Perlis lagi Terror dari Imam Nawawi...bertuah rakyat Perlis

    BalasPadam
  2. tak pyh layan la maza tu...bab qunut je dia paham benor...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping