Ahad, Disember 27, 2015

Percintaan dan perkahwinan setiap pasangan sudah tertulis di Luh Mahfuz. Ia hadir menyatukan yang terpisah, meresap ke akar jiwa, berbunga mekar dan digubah membentuk keluarga. Begitulah takdir yang dilalui pelakon jelita, Maria Farida.

Masa belum kahwin hari tu, macam - macam benda jugak yang orang cerita pasal dia. Dah kahwin pun, masih ada jugak orang yang berbunyi mempertikaikan perkahwinan dia baru - baru ni.

Setelah menjanda lebih dari 10 tahun, pelakon berusia 45 tahun ni akhirnya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada 26 November lalu.

Ironinya, kebahagiaan yang diraih menjadikan dirinya sasaran kecaman tak kurang juga menjadi mainan kata-kata bersifat hinaan apabila berkahwin dengan bekas suami kepada kawan baiknya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Maria akui goyah.
“Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi,” luahnya dengan nada kesal.
Mengulas lebih lanjut mengenai kenapa dia mengambil pendekatan mengadakan perkahwinan secara tertutup, kata Maria, itu semua kehendak suaminya yang menginginkan sedikit privasi.
“Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat.
“Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,” kongsi Maria lagi sambil ditemani anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Mizan Ashley, 18, bersama dengan anak tirinya, Ayshea pada hari itu.
Mudah ceritanya, orang Melayu ni memang suka kritik benda yang tak sepatutnya. Kadang cerita pasal "Kangkung" pun boleh jadi heboh satu dunia. Tapi cerita pasal pembaziran sebanyak RM 9.7 juta nak hias semula pintu gerbang, takde orang peduli pun!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping