Rabu, Disember 09, 2015

Dah hilang akal ke Mufti Perlis ni? Sanggup ke dia biarkan MAKSIAT berkembang biak di Negeri Perlis tu? Atau, dia sekarang ni dah jadi 'Pejuang Liberalis' yang mengutamakan Kebebasan Hak Asasi?

Tatkala semua umat Islam mengutuk tindakan kumpulan G25 yang mahu mansuhkan tangkapan khalwat dirumah, tiba-tiba saja Mufti Perlis didalam laman facebooknya bertindak 'gila' dengan menyokong khalwat tu sebagai hak peribadi dan tak boleh diintip.

Dr Asri ni dah masuk geng G25 ke atau dia sebenarnya sengaja nak cari publisiti murahan lagi? Seluruh rakyat Malaysia dah sedia maklum dengan tabiat Mufti Perlis ni yang sangat suka untuk cari populariti dengan menongkah arus.

Asri kononnya berpegang kepada cakap Yusuf Al Qardawi yang tak benarkan orang ramai mengintip dan menganggu perbuatan berkhalwat didalam rumah. Tapi Asri lupa, banyak lagi cakap-cakap Yusuf Qardawi tu yang tidak boleh dipakai oleh umat Islam khususnya di Malaysia.

Persoalannya, Yusuf Qadrawi tu jauh lebih tinggi ke dari Al-Qur'an dan Sunnah? Sejak bila pulak Yusuf Qadrawi tu jadi 'Nabi' yang perlu dijadikan sebagai tempat rujukan seluruh umat Islam?
"Sebagai contoh, Yusuf Qardawi pernah kata demonstrasi jalanan adalah halal untuk membebaskan rakyat disesebuah negara. Itu kata Qardawi. Tetapi sebaliknya ada pula hadis yang menyuruh kita mentaati pemerintah dan melarang kita menderhaka selagi pemerintah tersebut mengamalkan ajaran Islam dan tidak menyuruh rakyatnya berbuat kemungkaran." dedah laman portal Utaranews.
Dan Yusuf Qardawi juga pernah mengatakan bahawa gelatin haiwan termasuklah babi adalah halal dan tak salah dimakan oleh umat Islam. Walhal didalam hukum Islam melalui keempat-empat mahzab telah menggariskan bahawa apa saja yang berkaitan dengan babi itu haram dimakan.

Dan dalam hal gelatin babi ini, Asri juga pernah bersetuju dengan Qardawi sehingga menimbulkan perbalahan dikalangan ulamak didalam negara. Disini nampak bahawa Asri terlampau mengagumi Yusuf Qardawi sehingga apa saja yang dicakapkannya dipakai mentah-mentah.

Jadi didalam soal tuntutan kebebasan untuk berkhalwat kononnya menghormati hak privasi ini, Asri sepatutnya berpegang kepada apa yang diajarkan oleh Islam melalui kitab.., bukannya tafsiran dari Yusuf Qardawi atau sesiapapun.

Kalau difikirkan secara waras sekurang-kurangnya, apakah umat Islam di Malaysia mahu menerima bala Tuhan apabila mengutamakan hak privasi untuk kebebasan melakukan maksiat melebihi garis hukum yang ditetapkan oleh Tuhan?
Categories:

11 ulasan:

  1. Maksudnya.....kalau nampak jantan masuk rumah betina kena diam aje lah.Jangan terhendap-hendap.Boleh subahatlah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEMUT hitam tk pernah rase kemut ke... ingatlah dosa dan pahala ditangan individu..
      Jangan emosional sangat pasal dosa orang lain.
      Tahukah anda fitnah itu dosanya lebih besar dari zina dan pembunuhan? Anda fitnah Mufti Perlis menghalalkan khalwat dirumah. Mufti Perlis meghalang pencerobohan.
      Islam kata jangan menceroboh.
      Anda ni orang Islam ke? Sanggup menfitnah Muffti Perlis?
      Bagaimana nak halakan khalwat sedangkan istila itu pun tak adaa dalam quran?

      Padam
  2. Dijemput untuk khalwat dengan anak Dr Asri...dia tidak akan marah..walaupun anaknya bunting kelak...

    BalasPadam
  3. Maksiat sembunyi sembunyi jangan sampai ketahuan. tobat ajer sendiri sendiri. Tak wajib juga pihak berwajib mencari tahu, atau memaksa ngaku.
    Tp jika sampai ketahuan, wajib yg tahu mencegahnya.

    BalasPadam
  4. MAZA sebagai Mufti patut cadangkan supaya Majlis Agama Islam Perlis mansuhkan kesalahan khalwat.

    BalasPadam
  5. Yang takde ilmu tu jangan belebihan...senyap tak bermakna setujukan...

    BalasPadam
  6. apa nak heran...jgn kata khalwat kat rumah...liwat dan makan ais krim pun boleh buat dirumah....kan?

    BalasPadam
  7. perbuatan khalwat adalah salah mengintip org berkhalwat juga adalah salah.. kebanyakan org yg melenting dgn kenyataan g25 ialah org yg tak faham agama manakala org yg faham agama rilek je..

    BalasPadam
  8. Khalwat walau di mana2 pun adalah salah. Bersalam dengan bukan muhrim pun haram, inikan pula berkhalwat...

    BalasPadam
  9. Bersalam dengan bukan muhrim pun haram, inikan pula berkhalwat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping