Jumaat, Disember 25, 2015

PKR lebih suka kalau Si Azmin ni terus menjadi pejuang Bontot Si Ketua Penipu tu. Diorang nak Si Azmin ni terus berkempen menjaja 'Air Mata Buaya' mereka untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu.

Tapi, apa yang dilakukan oleh Si Azmin ni bertentangan dengan kehendak puak - puak PKR tu. Si Azmin ni sebaliknya memuji - muji orang yang mula - mula menendang Si Ketua Penipu tu dulu.

Ianya sekaligus membuktikan bahawa Si Azmin ni seorang Opoturnis yang lebih mementingkan Politik Peribadi diri dia sendiri dari Si Ketua Penipu tu. Memang patut sangat la ramai yang tak suka dengan Si Menteri Besar Cap Ayam ni!!!
SHAH ALAM: Penyokong PKR dilaporkan tidak senang duduk dengan pengakuan timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azmin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis perkahwinan anak perempuannya berkata beliau mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Mahathir.

“Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Semasa saya kahwin dahulu, Tun datang. Sekarang ketika anak saya kahwin, Tun juga datang.

“Pendek kata, hubungan kami sangat erat umpama air dicincang tidak akan putus,” kata Azmin pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 13 Disember lalu.

Selain Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, majlis itu juga diserikan dengan kehadiran Sultan Selangor dan Sultan Perak.

Kenyataan Azmin itu mengguris hati penyokong tegar PKR kerana bagi mereka, Mahathir sebelum ini bertindak zalim ke atas ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir juga dituduh antara dalang disebalik usaha menjatuhkan karier politik Anwar hingga menyaksikan bekas ketua pembangkang itu di penjarakan buat kali pertama pada 1999.


Bagi penyokong tegar Anwar, kenyataan Azmin itu dianggap sebagai satu tamparan, lebih-lebih lagi ketika bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping