Bagi sesetengah pihak, alasan nak menyalahkan kepimpinan terdahulu yang menjadi punca kenaikkan tambang ERL ni tak masuk akal dan hanya sekadar alasan Longkang semata - mata.
Ianya jelas tak cukup kukuh walaupun penjelasan sudah diberikan kepada mereka. Hakikatnya, persepsi mereka terhadap alasan itu hanya sekadar 'Melepaskan Batuk' ditangga.
Sedangkan Kerajaan hari ini mempunyai kuasa untuk membuat ketentuan sama ada untuk terus memberikan alasan sedemikian, atau mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap syarikat konsesi tu.
Rata - rata pendapat dari kalangan orang ramai menyifatkan, alasan untuk menyalahkan kepimpinan terdahulu hanya bersifat sementara dan tidak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Persoalan mudahnya, adakah Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan konsesi yang telah dibuat oleh pemimpin yang terdahulu demi untuk memastikan rakyat tidak terus ditekan?
Tak boleh ke Kerajaan batalkan konsesi dengan syarikat YTL dengan membayar pampasan dan digantikan dengan syarikat konsesi yang lain yang mampu menampung kos sewajarnya?
Cuba sekali sekala pihak Kerajaan ambik tindakan sedemikian sebagai satu pengajaran terhadap syarikat - syarikat yang semakin hari semakin mencekik darah rakyat ni. Baru la nampak kemampuan yang ada pada pihak Kerajaan untuk membela nasib rakyat!!
Bagus juga ERL dibatalkan sebab selama ni, pengguna ERL cuma PELANCONG. Orang tempatan naik teksi yang lebih mahal daripada ERL - dari KLIA ke Subang jaya RM60..00. Naik Erl baru RM35. Erl pun dibangunkan kerana nak membangunkan pelancongan. Memang elok dibatalkan supaya kurang sikit pelancong datang ke Malaysia.
BalasPadam