Rabu, Disember 02, 2015

Semata - mata kerana nak menutup kemaluan dan menegakkan benang basah Si Nurul Izzah tu membuatkan Tian Chuak terpaksa berdepan dengan serangan bertalu - talu di Parlimen.

Pelbagai alasan bertaraf Longkang yang diberikan oleh Si Tian Chuak bagi memberikan justifikasi terhadap tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu. Tapi semuanya GAGAL belaka.

Tindakan Si Tian Chuak tu cubamemberi penjelasan mengenai peranannya mengadakan pertemuan antara Nurul Izzah dengan Jacel H Kiram telah dibidas oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk dari Sabah.

Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 mempersoalkan tindakan Tian Chua mengadakan pertemuan dengan kumpulan yang dianggap musuh negara.
"Yang (Ahli Parlimen) Lembah Pantai (Nurul Izzah) jumpa itu siapa nama keluarga dia? Nama dia Kiram. Bukankah orang yang serang Malaysia nama dia Kiram juga," kata Nur Jazlan.
Nur Jazlan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan di Sabah pada 2013 telah pun mengaku perbuatan mereka bertujuan mahu menuntut Sabah dan seluruh rakyat Malaysia sudah benci kepada mereka.
"Tetapi Naib Presiden PKR ini boleh ambil gambar sama jumpa dengan anak kepada pengganas tersebut yang sebenarnya menjadi 'enemy of state' kepada Malaysia.
"Mereka bunuh orang kita secara kejam, potong tangan potong kepala dan sebagainya, ini orang kejam. Jadi kenapa Naib Presiden PKR boleh bersama-sama ambil gambar dengan seorang yang 'enemy of state' ini," kata Nur Jazlan.
Isu berkenaan turut menarik perhatian Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang mempersoalkan tindakan Tian Chua dan menyatakan bahawa rakyat Sabah berasa sakit hati dengan pertemuan itu.
"Apa sebenarnya tujuan (Ahli Parlimen) Batu dan Lembah Pantai bersepakat," katanya sambil menyoal adakah Tian Chua menjadi 'Barua' atau orang tengah untuk pertemuan itu.
Jadi katanya, Lembah Pantai yang digelorakan oleh Batu berjumpa dengan individu yang pernah membunuh rakyat Malaysia di Tanduo, Lahad Datu, adakah ini sebahagian daripada usaha pembangkang untuk menarik minat penceroboh itu masuk balik ke Sabah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping