Gara - gara tindakan Si Azmin tu mengkritik kelulusan Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dia mendapat kemaluan besar apabila ditempelak oleh ahli parti sendiri.
Malah cara dan amalan pentadbiran serta tadbir-urus yang dipimpin oleh Si Azmin tu sebagai Menteri Besar Selangor pula yang menjadi pertikaian dikalangan ahli Parti Keluarga Rosak tu.
Kritikan Azmin di laman Facebook miliknya telah dibalas oleh Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Bukit Gantang yang menyuruh Si Azmin tu cermin muka dia terlebih dahulu.
Menurut Faisal, Azmin sendiri dianggap sebagai pemimpin yang LEMAH kerana GAGAL menangani beberapa kontroversi di Selangor antaranya seperti kos menambahbaik pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
"Nak cakap isu besar TPPA, 'cermin' dulu wahai Azmin Ali, lantikan majlis pun tak selesai dengan aman, ibarat rumah siap pahat berbunyi, tak perlu pusing cerita lah, laksanakan pilihanraya tempatan di Selangor,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook, Jumaat.
Sebelum ini, kenyataan Azmin yang dimuatnaik jam 10.12 pagi semalam yang mendapat jumlah "Like" sebanyak 384 mendakwa kepimpinan negara lemah sehingga sanggup mengadaikan maruah Negara.
Dalam pada itu, Faisal juga turut membidas kenyataan Azmin yang bercerita berkenaan kepimpinan politik di Negara ini memerlukan "Political Will" bagi melaksanakan pentadbiran.
"Kepimpinan perlu political will? Kamu buat lawak apa Azmin? Isu pembaziran cat pintu gerbang Selangor RM9.8 juta. Kamu dah jawab? Akhirnya guna nama istana kata itu duit derma. Adakah ini yang dinamakan kepimpinan political will?” soalnya lagi seperti yang dilaporkan dalam blog IBM
Huhuhu... Malu besar Si Azmin tu dibuatnya. Inilah akibatnya apabila orang seperti Si Azmin yang memang tidak layak menjadi Menteri Besar ni, tiba - tiba je melantik diri dia sendiri.
Ada jugak yang mengatakan Si Azmin ini Menteri Besar 'Instant' sama macam Mee Segera. Kalau ikut kata - kata orang diluar, Selangor ni bakal 'Bankrap' dibawah kepimpinan Si Azmin.
Itu termasuk la dikalangan ahli - ahli PKR sendiri. Adakah betul seperti yang mereka perkatakan? Sebanyak kita dah nampak Si Azmin 'menunjukkan belang'nya. Dah banyak duit rakyat Selangor diperabiskannya. Tapi masih banyak juga isu - isu rakyat yang belum diselesaikan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.