Ahad, Januari 17, 2016

Aduhai!!! Payah betul melayan kerenah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni. Sampai tahap serabut perut tengok kenyataan yang dia buat. Semakin hari semakin nampak ke-MALAS-an dia.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Foziah tu membuktikan yang selama ini dia tak pernah buat kerja dan tak ambik berat lansung dalam isu berkaitan dengan Bauksit di Kuantan.

Maka sebab itulah dia menyalak macam orang hilang akal. Kali ini, dia buat pulak dakwaan kononnya Kerajaan salah guna 'Duit Rakyat' untuk membersihkan kekotoran akibat kesan Bauksit.
“Kenapa perlu guna wang rakyat? Dan tindakan perdana menteri seolah-olah menyalahgunakan wang rakyat. Sedangkan kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan oleh pengusaha yang begitu rakus melombong sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Itu menunjukkan yang Si Foziah ni tak pernah cakna lansung dengan perkembangan mengenai isu Bauksit ni. Baru sekarang la dia 'Terhegeh - Hegeh' nak tunjuk 'Hero Jadian' depan orang ramai.

Untuk makluman Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni, pada hari kejadian, Persatuan Pengusaha Lombong Bauksit ni pun ada terlibat sama dalam aktiviti pembersihan jalan raya tu.

Ada jugak diorang hantar pemandu lori, lori tangki air dan juga lori 'Sweeper' untuk turut serta selain dibantu oleh Jabatan Bomba, Majlis Perbandaran Kuantan dan juga pihak Alam Flora.

Tapi perkara itu tidak di-'Highlight'-kan didalam media. Sebaliknya, laporan hanya ditumpukan kepada agensi - agensi Kerajaan terlibat seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri sebelum ini.

Kot selama ini pun, pengusaha - pengusaha Bauksit yang ada lesen tu juga la yang dok menanggung kos mencuci jalan akibat perlombongan bauksit ni. Perkara itu juga turut dimaklumkan dalam media.
Adnan berkata, berkenaan dengan jalan kotor berikutan kegiatan itu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan bertindak membersihkan kawasan berkenaan dengan kos pembersihannya ditanggung oleh pengusaha kira-kira RM130,000. - lapor Sinar Harian.
Nah! Itu membuktikan bahawa Si Foziah tu sendiri tak ambik tau mengenai perkembangan semasa mengenai aktiviti Bauksit ni. Dia hanya setakat pandai bercakap benda yang tak tentu arah je.

Kot ye pun dia nak bersuara mengenai penyalah-gunaan 'Dana Rakyat', kenapa dia diam bila pihak Rejim Pakatan Selangor menghabiskan Duit Rakyat sebanyak RM 9.7 juta untuk cat Pintu Gerbang? Kenapa yang itu Si Foziah tu buat - buat tak nampak pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping