Sabtu, Januari 23, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya puak - puak PAS ni dah semakin berani menyelak kemaluan DAPigs dengan secara terang - terangan didepan khalayak ramai walaupun secara tidak lansung.

Kali ini ianya melibatkan kes saman yang sebelum ini telah difailkan oleh Si Tokong DAPigs tu erhadap salah seorang pemimpin PAS yang secara 'Terpaksa' diselesaikan diluar mahkamah. 

Secara tidak lansung, penyelesaian luar mahkamah pada Isnin 18 Januari 2016 lalu sebenarnya mendedahkan beberapa lagi fakta yang menarik bagi tatapan rakyat Malaysia khususnya. 

Sebagai ulangan, saman Si Tokong DAPigs itu adalah terhadap artikel yang disiarkan oleh Ahli Parlimen Temerloh melalui laman Facebook yang bertajuk “Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?”.

Dalam fakta kes tersebut dinyatakan bahawa projek terowong bawah laut yang dicadangkan oleh Si Tokong DAPigs tu akan menelan belanja sebanyak RM4.6 billion sepanjang 6.3 kilometer. 

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Nasa Tantawi, jumlah yang dinyatakan oleh Si Tokong DAPigs itu adalah terlalu mahal dan ianya dianggap tidak logik serta tak masuk akal.

Sedangkan akhbar The Edge sebelum itu melaporkan pada 11 Januari 2016, kos sebenar projek tersebut berjumlah RM 6.3 billion melibatkan pembinaan tiga jajaran sepanjang 7.2 kilometer

Bahkan menurut laporan akhbar itu pada tarikh yang sama juga turut menyatakan bahawa konsortium yang dikurniakan projek tersebut adalah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Mengikut terma yang dilaporkan, CZBUGG akan dibayar dengan tanah yang, secara logiknya, mempunyai nilai komersial semasa atau masa hadapan yang sama atau lebih tinggi daripada RM 6.3 billion.

Namun untuk memaju tanah-tanah komersil tersebut CZBUGG menubuhkan dua usahasama dengan syarikat Ewein Berhad (EB). Usahasama ini adalah pada pegangan 40% oleh CZBUGG. 

Syarikat usahasama ini akan memajukan tanah-tanah ini dan pulangannya akan digunakan untuk membayar kontraktor utama projek iaitu China Railway Construction Corp Ltd (CRCC).

Juga dilaporkan bagi memenuhi tuntutan aliran tunai, CZBUCG bercadang untuk mengurangkan lagi pegangan mereka dalam usahasama tersebut kepada 20% pada masa hadapan.

Mengikut maklumat daripada laman sesawang milik syarikat EB, aktiviti utama syarikat tersebut adalah sebagai pengeluar dan pembuat fabrikasi kepingan besi, ajuan dan ajuan suntikan. 

Persoalannya, dengan tiada sebarang pengalaman langsung dalam bidang hartanah, apakah syarikat EB itu mampu untuk memajukan tanah-tanah komersil yang bernilai tinggi ini?

Perlu diingat bahawa satu-satunya sumber dana CZBUCG untuk membayar kos pembinaan projek adalah hasil jualan komersil hartanah tersebut. Adakah EB mampu untuk memajukan hartanah tersebut ke tahap nilai sekurang-kurangnya RM6.3 billion? Sekiranya ianya gagal, bagaimanakah CZBUCG boleh melunaskan kos projek? - seterusnya...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping