Jumaat, Januari 22, 2016

Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai memakai pakaian menjolok mata dalam sebuah persembahan 'buskers', di salah sebuah pusat beli - belah di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata wanita itu melakukan aksi melampau dengan membuat persembahan dalam keadaan payudaranya terdedah.

Katanya persembahan yang diadakan selama empat minit itu telah dirakam oleh sebahagian penonton semasa menyaksikan persembahan itu baru - baru ini.
"Semasa aktiviti 'busking' berlangsung, ada tiga wanita. Seorang daripadanya memakai pakaian menjolok mata mengambil mikrofon daripada kumpulan 'buskers' tersebut sebelum menyanyi.
"Siasatan lanjut mendapati wanita itu bukan anggota kumpulan 'buskers' yang dibenarkan membuat persembahan di situ, tetapi salah seorang pengunjung pusat beli-belah itu yang mengambil peluang untuk menyanyi bersama-sama kumpulan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, Chandra meminta saksi kejadian Rayndi Jubidi, 24, untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohanandas di talian 016-4414939.

Akhbar tempatan hari ini memaparkan aksi wanita itu mengadakan persembahan nyanyian bersama kumpulan 'buskers' dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata.

Dalam kenyataan berasingan, pihak pengurusan Suria Sabah kesal atas kejadian itu yang secara tidak langsung mempamerkan imej negatif terhadap kompleks beli-belah itu, kumpulan persembahan itu serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

"Tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengelakkan kejadian kurang sopan seperti itu mengganggu ketenteraman awam dan suasana di Suria Sabah.

"Kami memohon maaf atas kejadian ini dan akan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang," menurut kenyataan itu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping