Sabtu, Januari 23, 2016

Heh! Jangan ada yang salah sangka ye. Jangan pulak ada yang kata kita pilih - pilih. Tapi, memang betul apa yang disampaikan oleh Dr. Asyraf Wajdi ni. Rakyat memang meyampah dengan Politik begitu.

Cuma konteks yang disampaikan oleh Dr. Asyraf ni berkitar diantara PAS dan UMNO. Tapi hakikatnya, Politik itu lebih luas dari itu. Politik tu bukan setakat diantara UMNO dan PAS je.

Tapi turut melibatkan PAS dengan PAS dan UMNO dengan UMNO. Kalau sesama sendiri dalam satu parti pun dok asyik nak beramuk je, ke mana akhirnya nanti kalau tak ke dalam Longkang?

Jadi, bagi siapa yang ada akal fikiran yang waras, rasanya diorang boleh fikir sendiri apa yang cuba disampaikan. Tanya diri sendiri, sampai bila kita nak beramuk sesama sendiri sedangkan orang lain dah jauh maju ke depan? ATAU, kita memang suka "Jumud" disatu tempat je???
SHAH ALAM - Perkembangan ke arah kerjasama politik antara Pas dan Umno menunjukkan perkembangan yang positif, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Namun ujarnya, kewujudan kerjasama politik ini tidak boleh dibuat secara paksaan, kerana ia melibatkan hati dan perasaan manusia.

"Kita kena faham kewujudan kerjasama ini tidak boleh dibuat secara paksa-paksaan, ia harus dibuat secara semulajadi kerana aspek kerjasama dan permuafakatan terutama yang menyentuh hati dan perasaan dia tidak boleh buat macam robot.

"Kalau robot kita boleh strukturkan atau programkan ia, sementara permuafakatan politik ini ia harus datang secara fitrah dan bagaimana fitrah itu boleh berlaku ialah apabila wujudnya pertemuan, perjumpaan sama ada berorentasikan ilmu ataupun pertemuan yang berorentasikan konsep mahabah.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, rakyat kini mahukan satu dimensi baharu dalam arena politik tanah air.

"Rakyat hari ini kalau kita perhatikan sudah sampai ke tahap menyampah dengan politik permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan.


"Rakyat secara umumnya mahukan satu kerjasama yang lebih membawa citra nuraini rakyat yang mana mereka inginkan perpaduan, politik kasih sayang dan ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada unsur paksaan atau kita tidak meletakkan kepentingan politik kuasa melebihi kepentingan ummah yang terbesar," katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Politik permusuhan adalah mainan pembangkang dan kaki fitnah yg berhati busuk tajaan kroni. PM dn kerajaan biasanya eluk je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping