Sabtu, Januari 16, 2016

Sebelum nak tanya orang lain, baik Si Foziah tu tanya diri dia sendiri. Sayang sangat ke dia pada Negeri Pahang ni? Sejauh mana rasa cinta dia kepada Negeri Darul Makmur sehingga dia boleh pertikaikan orang lain?

Hakikatnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Si Foziah tu cukup padat dengan IRONI. Tapi mungkin bagi Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni, dia tak dapat memahami Ironi tersebut.

Maka sebab itu dia main cakap ikut sedap Kepala Lutut dia je. Jika sebelum ini, Si Foziah tu bukan main gah lagi bercerita pasal "Dosa Besar". Dah mengalahkan Ostazah Jadian pulak dia keluarkan hukum.

Kalau sekali tengok, macam Alim sangat Si Foziah ni. Tapi, persoalan mengenai siapa Si Foziah tu untuk menjatuhkan hukum sedemikian rupa bukan hanya menjadi satu isu utama.

Sebaliknya, tindakan Si Foziah tu mencerminkan diri dia sendiri juga perlu dipertikaikan. Dah habis semua ke kebajikan rakyat yang tinggal di Kuantan tu dijaga dengan baik oleh Si Foziah?

Kalau setakat menjalankan amanah pun sekadar "Melepaskan Batuk Ditangga", baik tak payah banyak cakap la soal bab Pahala dan Dosa ni. Tak menjalankan amanah tu pun satu dosa besar.

Maka berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Si Foziah dalam satu artikel yang disiarkan melalui Malaysia Chronicle dan mendakwa kononnya Perdana Menteri tak pedulikan Negeri Pahang.
Persoalannya, sejauh mana Si Foziah tu peduli sangat dengan Negeri Pahang ni? Kalau dia peduli, kenapa dia tak bersuara mengenai isu Bauksit tu sebelum ini? Kenapa baru sekarang dia nak berkokok?

Adakah dia setakat nak cari Publisiti Murahan dan mengharapkan rakyat melihat dia sebagai "Hero"? Kalau sekadar itu je tujuan Si Foziah tu, baik tak payah. Tak berbaloi pun dia buat kerja pandir.

Sebaliknya, kalau dia nak jadi "Hero", Si Foziah tu patut bagi respon terhadap penglibatan wakil rakyat Pembangkang serta penyokong Pakatan yang turut dikaitkan dengan aktiviti bauksit ni.

Dan, sekiranya benar Si Foziah tu sayang sangat ke Negeri Pahang, maka dia tidak sepatutnya meminta supaya pihak Kerajaan "Menggantung Lesen" eksport. Sewajarnya, dia mendesak agar ianya di-HARAM-kan terus. Bukannya setakat main "Wayang Kulit"!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping