Sabtu, Februari 13, 2016

Ini yang orang tua - tua kata, ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Pulak Yang Lebih - Lebih’. Bila terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri. 

Tapi bila masuk bab hal orang lain, sibuk pulak diorang nak 'menyalak' tak tentu arah biarpun apa yang orang lain buat tu mengikut undang-undang. Pandai pulak diorang nak main selak - selak kain.

Inilah yang terjadi apabila Si Rafizi serta Si Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAPigs yang hanya mendiamkan diri terhadap tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dikalangan mereka.

Tak nak pulak diorang tampil mempersoalkan dua perjanjian yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu yang menjual tanah kepada syarikat Singapura.

Sebaliknya sebelum ini, diorang menyelar tindakan 1MDB yang didakwa telah menjual sebanyak 24 peratus daripada projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat milik Negara China. 

Walhal, dalam projek Bandar Malaysia tu, 76 peratus masih lagi dimiliki oleh Malaysia yang mana 57 peratus daripadanya masih terus kekal dimiliki Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd – sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Pada Julai 2015 pula, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

Kedua-dua projek yang mana 100 peratus dan 49 peratus itu kini dimiliki oleh syarikat Singapura, tak nak pula tiga ekor beruk tu melabelkan tindakan itu sebagai “Menjual Negara”?

Sebaliknya, ia dianggap sebagai 'Pelaburan Asing'. Tetapi apabila 24 peratus daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China tu pula dianggap sebagai tindakan “Menjual Negara”.

Namun hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi, Si Tony Puaka dan Chin Tong hanya dianggap sekadar bermain "Wayang” untuk menutup kemaluan mereka sendiri daripada terdedah.

Persoalannya, bukankah penjualan Bandar Malaysia itu telah dimeterai melalui tender terbuka Antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga? Mengapa ianya masih lagi mahu dipersoalkan?

Sebaliknya, adakah dua perjanjian penjualan tanah yang dibuat oleh Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng kepada syarikat yang dimiliki oleh Singapura itu dibuat menerusi tender terbuka?

Realitinya, hal jual tanah ini bukan pelik dalam pentadbiran Rejim DAPigs di Pulau Pinang. Walaupun DAPi baru memerintah pada tahun 2008, keluasan tanahnya hanya tinggal 8 peratus sahaja

Bayangkan! Dalam masa lima tahun sahaja, Rejim DAPigs Pulau Pinang telah menjual 33 peratus tanah kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni yang ada kepentingan pada kadar yang  tidak masuk akal murahnya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Beruk 3 ekor ni mana tahu yang mana jual negara dan yang mana jual tanah. Yang dia tahu bergayut sana dan bergayut sini mencari pisang.

    BalasPadam
  2. tunggu apa kata pan sbb sblum ni apa dap buat baik belaka bg pan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping