Khamis, Februari 04, 2016

Huh!!! Memang ketandusan idea sungguh puak - puak Pakatan Haprak ni nak bagi alasan. Balik - balik itu jugak la alasan yang digunakan bagi membazir duit Dana Rakyat di Selangor.

Asyik - asyik Menteri Besar lama jugak yang dijadikan 'Kambing Hitam' untuk melepaskan diri mereka dari membaziran duit Dana Rakyat tu. Macam dah takde alasan lain yang boleh digunakan.

Dalam kenyataan yang disiarkan semalam, wakil dari pihak Rejim Pakatan Selangor tu kata diantara sebab kos untuk membaik pulih kubah Masjid Ikonik di Selangor tu disebabkan beberapa faktor.

Diantara alasan yang diberikan ialah kerana bahan binaan untuk kubah tersebut TERPAKSA diimport dari Negara Luar. Maka sebab itu harganya lebih mahal daripada biasa.
“Jika anda tengok keadaan kubah sekarang, memang sudah terkopek teruk. Jadi nak tak nak, memang perlu tanggung (kos sebanyak itu),” katanya.
Selain itu, wakil dari pihak Rejim Pakatan Selangor tu juga turut menegaskan bahawa kos untuk membaiki kubah tersebut adalah yang terendah kerana tendernya dibuat secara terbuka.

Tapi, dalam dok asyik dia bagi alasan sedemikian, diakhir perenggan dalam kenyataan yang dikeluarkan, wakil Rejim Pakatan Selangor tu kata, kelulusan sudah dibuat sewaktu MB yang terdahulu.
“Lagipun ia diluluskan ketika pentadbiran Menteri Besar dahulu. Jika dibatalkan, kerajaan perlu membayar pampasan. Kebetulan ia diteruskan ketika keadaan ekonomi teruk,” katanya lagi.
Heh! Kesian Khalid Ibrahim. Dah kena tendang dari jawatan MB dan dibuang dari menjadi ahli parti pun, dia masih lagi dijadikan sebagai bahan Politik Longkang oleh puak - puak PKR ni.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa kepimpinan Rejim Pakatan yang baru pada ketika ini lansung takde kuasa hingga terpaksa bergantung kepada orang terdahulu.

Pemimpin sekarang ni yang rembat duit Dana Rakyat, dia jugak yang dijadikan mangsa. Apa boleh buat Khalid oi!!! Nasib la. Orang dah pesan jangan berkawan dengan geng - geng Peliwat ni, dia degil. Tak nak dengar cakap orang. Sekarang, tanggung la sendiri!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Azmin ali dengan khalid ali memang dari dulu suka gadoh,macamana nak capai kebejayaan...aku tak percaya aku tak percaya....

    BalasPadam
  2. Bukan ke waktu Khalid Gagap step down, Selangor State Gomen ada RM3 beliun cash reserve??? Membazir apa ke nama tu??????

    BalasPadam
  3. Hahaha...alasan je. benda macam ni pun tak boleh settle, buat apa harap pada diorg untuk hapuskan tol kalau menang?

    BalasPadam
  4. Azmin ali punya idola syamsul anuwar.Silap la khalid ali duduk dibangku simpanan dengan wang simpanan 3bilion, itu tak tidur malam sudah langsap habis sama ciku bad.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping