Selasa, Februari 09, 2016

Alahai! Memang kesian betul tengok nasib yang menimpa diorang ni. Ada rakan kongsi pun, tapi tetap juga diorang diperlakukan macam 'Pelacur' yang diguna untuk kepentingan Politik Peribadi.

Memang malang sungguh nasib parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu bila tak dapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.
"Kami faham kenapa AMANAH hendak bertanding di semua kerusi PAS. (Kerana) Rayuan mereka untuk bertanding kerusi PKR dan DAP ditolak oleh kedua-dua parti itu.
"Saya juga telah membaca kenyataan keras dan menghina PKR dan DAP apabila AMANAH merayu untuk mendapatkan kerusi dari mereka. Jadi saya faham kenapa mereka terpaksa bertanding di kerusi PAS," tegas ADUN Chempaka itu.
Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan AMANAH Selangor sedia menentang PAS di semua kerusi DUN dan Parlimen yang kini disandang PAS.

Pengerusinya Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, usaha mengenal pasti calon-calon mereka akan diperhalusi menjelang bulan Ramadan tahun ini.

Mengulas lanjut Iskandar berkata beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada AMANAH kini, namun menegaskan PAS sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana parti yang berhasrat menandingi mereka.

"Sebenarnya saya kasihan dengan mereka yang telah dilayan dengan buruk oleh rakan-rakan Pakatan Harapan. Oleh itu, kami bersedia (berdepan) dengan AMANAH dan kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi kami," katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tak baik tuduh orang PELACOR.
    Tak takut ke senjata memakan tuan............?????
    Biasanya kita nampak kesalahan orang saja tetapi tak sedar dengan kesalahan sendiri. Itu sebab dalam pribahasa Melayu ada ayat "Kuman diseberang laut nampak, gajah dibibir mata tak sedar".
    HAHAHAHA.........lu pikir sendiri ye.

    BalasPadam
  2. Pas sudah belajar dari kesilapan kerana membiarkan mereka dihina Dap dan Pkr. Yang pelik, Pan pulak nak ambik alih peranan jadi bahan hinaan. Nasib la ko.

    BalasPadam
  3. Klu pmimpin Pan cerdik mereka tak buat parti tu....tpi sbb tak cerdiklah mereka duduk dlm Pan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping