Hah! Kan semalam kita dah kata. Dek kerana ke-DUNGU-an puak - puak PKR ni yang membuatkan diri mereka hilang kemaluan depan orang ramai. Bukannya salah orang lain pun.
Oleh kerana terlalu teruja sangat nak memperlekehkan orang lain tanpa membuat sebarang rujukan yang sewajarnya, dah tak pasal - pasal Si Nurul Izzah tu dimalukan secara terang - terangan.
Suka - suka hati dia je nak membuat dakwaan kononnya Ketua Menteri Sarawak tu nak melangkaui kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya. Padahal, KM Sarawak tu sekadar bagi cadangan je.
Takkan Ketua Menteri Sarawak tu nak bagi cadangan tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri pun tak boleh? Adakah itu pun Si Nurul Izzah tu anggap sebagai satu Dosa Besar?
Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh KM Sarawak sebelum ini telah disalah-ertikan oleh sesetengah media yang memberikan gambaran seolah - olah beliau nak melangkaui kuasa pihak SPR.
Maka kesempatan diatas penyalah - tafsiran yang dilakukan oleh pihak media tu yang digunakan oleh puak - puak Pakatan Haprak ni untuk memburukkan imej Ketua Menteri Sarawak tu.
Tapi, tak payah la kita nak heran sangat kalau perkara sedemikian dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu. Nak pulak bagi pemimpin PKR macam Si Nurul Izzah tu. Dah memang itu je kerja yang diorang tau buat. Nak menang Pilihan Raya pun dia tabur fitnah juga!!!
SIBU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menjelaskan beliau tidak menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan mereka baru-baru ini.
"Saya juga tidak memberitahu mereka apa yang harus dilakukan apabila Dun dibubarkan nanti. SPR tahu apa yang perlu dilakukan kerana pilihan raya adalah prerogatif mereka. Saya harap ini dapat menjelaskan segalanya.
"Tidak perlu untuk saya memberitahu mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-44 Rela di Sibu Town Square 2 di sini hari ini.
Adenan berkata demikian sebagai mengulas kritikan dan sindiran daripada parti pembangkang bahawa beliau sudah campur tangan menentukan tarikh itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.