Isnin, Februari 22, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya makin hari makin meroyan la puak - puak Pakatan Haprak tu dengan isu Bauksit di Kuantan. Semakin banyak pendedahan yang dibuat memalukan diri mereka sendiri.

Jika semalam kita dah buat mendedahkan pengakuan penduduk disekitar kawasan Felda Bukit Goh yang ternyata tidak merasa rugi memajak tanah mereka kepada pengusaha Bauksit tu.

Kata mereka, buat bauksit lebih mendatangkan keuntungan yang lumayan jika hendak dibandingkan dengan penanaman pokok kelapa sawit seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini.


Namun, dari kenyataan - kenyataan yang disebarkan oleh Pakatan Haprak tu sebelum ini memberikan gambaran seolah - olah seluruh penduduk di Felda Bukit Goh tu membantah isu bauksit ni.

Tapi, tak cukup setakat itu sahaja. Puak - puak Pakatan Haprak tu juga turut mendakwa kononnya kejadian 'Laut Merah' itu berpunca dari hasil perlombongan bauksit yang berlaku di Kuantan.

Kata mereka, air laut disekitar kawasan Balok bertukar menjadi merah adalah akibat dari sisa pemindahan bahan bauksit tu ke atas kapal yang tumpah berlaku di Perlabuhan Kuantan.

Walaubagaimana pun, dakwaan yang dibuat itu tidak ditampilkan dengan sebarang bukti apabila puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri pun tak pergi turun ke kawasan Perlabuhan berkenaan.

Malah, dalam tinjauan yang dibuat sebelum ini membuktika bahawa air laut disekitar kawasan Perlabuhan itu tidak berwarna merah seperti yang didakwa oleh puak - puak Pakatan Haprak tu.

Nah! Sekarang, pihak Kerajaan sendiri telah membuat kenyataan dengan memberi jaminan bahawa sekiranya insiden itu benar - benar berlaku, ianya akan dipastikan agar tidak berulang lagi. Harap - harap, jangan la Si Foziah tu meroyan sampai berguling - guling pulak!!!
KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang berazam memastikan fenomena laut merah akibat pencemaran perlombongan bauksit yang berlaku penghujung tahun lalu tidak berulang bagi meningkatkan pelancongan pantai sekitar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan perlombongan bauksit yang terperinci, berdasarkan kejadian dahulu. - seterusnya...
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau ada sedara atau anak hisap dadah, adakah kita akan membiarkannya kerana bagi dia, hisap dadah ok, tak kacau sape2?

    Perlombongan bauksit mendatangkan masaalah pencemaran air, udara & tanah jangka panjang. Ini fakta sains. Walaupun guna lori tertutup, air saliran bila hujan mengandungi logam2 merbahaya yang akan masuk ke lonkang, sungai dan laut. yang dapat hasil bauksit segelintir saja, yang dapat bahana ramai.

    Keuntungan lumayan masa pendek oleh segelintir org2 yang malas tidak patut dijadikan aras tanda negara berekonomi tinggi.

    SA

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping