Jumaat, Februari 05, 2016

Hahaha!!! Ini bukan kali pertama Si Mahfuz Bean tu dilihat cuba nak mengelakkan diri dari mempertikaikan mengenai taraf pendidikan seseorang. Tapi dah banyak kali dah sebenarnya.

Cuma kali ini, tindakan Si Mahfuz Bean tu nampak sangat melucukan. Sehabis boleh Si Mahfuz Bean tu cuba 'Spin' untuk mengelakkan diri dari menyentuh soal taraf pendidikan tu.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu, dia mendakwa bukan soal pendidikan yang menjadi persoalan utama dikalangan rakyat Negeri Kedah selepas mereka dapat MB baru.

Sebaliknya, kata Si Mahfuz Bean, soal yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat ialah mengenai Integiriti dan Amanah yang perlu dilaksanakan oleh Menteri Besar Kedah yang baru tu.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut tampil mempertikaikan sama ada perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru tu boleh diterima rakyat Kedah secara keseluruhan atau pun sebaliknya.
“Persoalannya, apakah rakyat Kedah gembira dengan mereka mendapat MB baru? Selalunya rakyat pelbagai peringkat rata-rata akan melahirkan rasa gembira dengan memperolehi MB baru. 
“Zaman ini mudah untuk menilai perasaan rakyat kerana semuanya diluahkan di media sosial. Inilah juga yang diluahkan perasaan mereka di kala MB baru mengangkat sumpah sebagai MB, rakyat Kedah mengangkat sumpah seranah dan menyampah mereka terhadap Kerajaan baru Kedah,” tulisnya lagi. - UtaraNews
Heh! Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean sendiri tak pernah cermi diri dia sendiri. Kot dia jadi Ahli Parlimen di Pokok Sena selama hari ni pun, adakah semua rakyat dikawasan tu terima dia?

Adakah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas Si Mahfuz Bean tu dapat sokongan 100 peratus dari kalangan rakyat dikawasan Parlimen Pokok Sena tu tanpa ada seorang pun yang tak mengundi dia?

Kalau sekadar nak kutip sentimen mereka yang ada didalam laman media sosial, belum tentu lagi ada dikalangan mereka yang setuju dengan Si Mahfuz Bean ni. Malah yang tak suka pada dia pun ramai.

Nak bercakap soal Integriti dan Amanah pun Si Mahfuz Bean tu tak layak. Tengok la bagaimana dia mempamerkan sifat MUNAFIK dia dengan memberi sokongan Palsu kepada bekas MB Kedah sebelum ini.

Malah Si Mahfuz Bean tu sendiri pun dah berapa banyak kali Tak Amanah apabila kerap membelakangi arahan pucuk pimpinan parti supaya tidak terlibat dengan puak - puak parti "Periuk" tu.

Jadi kesimpulannya, tak perlu la Si Mahfuz Bean ni nak tunjuk yang diri dia 'Suci' sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain. Baik dia jaga orang dikawasan dia sendiri dulu la. Jangan dok sibuk nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. harap mahfuz jgn kalut sngt..bawa brtenang.

    BalasPadam
  2. mintak Pencerahan..agar berlaku adil terhadap Mahfuz... Dia sekolah lulusan tahap berapa?..bukan nak menghina tapi nak sesuaikan pandangan Masyarakat terhadapnya.. Contoh Kalau SRP.. maka cakap mengarutnya..kita fahamlah.. Jadi kita taklah marah sangat.. hanya tak undilah dilain kali..semua selamatkan... elak buat dosa..Dulu dia cabar Hishamuddin berdebat.. cukup garang ..nak beri syarat..nak moderator bersih dan TV asing... Bila Hishamuddin setuju dgn semua syaratnya ...di pecut laju 100meter lagaknya ..cabut tak berdetik terus..mcm tak ada apa apa malu dan mcm tak ada cabaran yg dia buat.. sbb.. moderator yg dia sendri pilih (org Asing sbb nak bebas)..TV American base..cakap omputih... Hishammudin debate Omputih.. Dia tak tau omputih... Nilah yg dapat kita saksikan..sampai sekarang dia elak nak cabar..takut benjol sekali lagi..Ini sejarah... tak boli deny..bolih dijadikan kes dtudy dalam tesis.. politik.. cerdik dan si dunggu punya nafsu sama..tapi akibatnya lain..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping