Selasa, Februari 02, 2016

Aik? Pandai pulak Mufti Perlis ni meroyan sampai tahap nak ambik tindakan saman terhadap pihak yang mendedahkan dokumen Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam Facebook tu ye?

Kalau selama hari ini, takde pun dia ambik kisah. Tapi kenapa bila isu tersebut dibangkitkan, dia tiba - tiba menggelupor tak tentu arah sampai nak ambik tindakan undang - undang?

Yang lebih herannya, sebelum ni dia selamba je keluarkan 'fatwa' songsang berkaitan dengan isu bauksit di Kuantan, takde orang marah pun. Walhal, apa yang dia dakwa juga boleh dianggap fitnah.

Dalam kenyataan yang dibuat, Mufti Perlis tu memberikan gambaran seolah - olah pihak Kerajaan cuba nak melindungi 'pihak tertentu' dalam isu tersebut bagi meraih keuntungan semata - mata.
Hakikatnya, dakwaan yang dibuat oleh Mufti Perlis tu tidak berdasarkan kepada fakta sebenar. Sebaliknya, dia keluarkan kenyataan tersebut hanya dengan 'mendengar' cerita dari Facebook.

Bahkan dia sendiri pun tak pernah jejak kaki ke Kuantan untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang berlaku. Jadi, bagaimana mungkin dia boleh keluarkan dakwaan ikut suka hati dia je?

Realitinya, yang terlibat dalam isu bauksit di Kuantan tu juga turut melibatkan penduduk yang tinggal dikawasan sekitar tu sendiri. Mereka sendiri yang pajak tanah kepada kontraktor.

Daripada jumlah 236 orang peneroka yang datang berjumpa dengan pihak Kerajaan mintak diberikan lesen untuk melombong, hampir separuh dari mereka dah pun pajak tanah kepada kontraktor.

Semuanya hanya semata - mata mereka dahagakan habuan lumayan yang telah dijanjikan. Bahkan, ada juga penduduk setempat yang mengusahakan sendiri perlombongan bauksit ni.

Dan perkara itu pun sudah kita jelaskan. Tapi nampak gayanya, Mufti Perlis tu lebih suka dengar 'cakap' orang dalam Facebook daripada nak mencari Kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat.

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis tu tanpa merujuk kepada mana - mana pihak berkuasa terlebih dahulu membuktikan dia mudah buat kesimpulan berdasarkan kepada pertimbangan dia sendiri. Bukannya berdasarkan Tabayyun mencari Kebenaran!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. mencari kebenaran di bumi seorang kaki kencing?

    BalasPadam
  2. Suruh dia cakap bab sembahyang aje. B ab yang lain tu di bukan tau pun. Jauh dari bidang dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping