Isnin, Februari 15, 2016

Ai! Lain macam je kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS ni. Siapa yang dia cuba nak perli? Dia nak perli keputusan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak tu ke?

Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Haprak tu dikatakan tetap membuat keputusan untuk mengangkat Si Peliwat yang sedang merengkuk dalam penjara tu sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu diulang sekali lagi sewaktu dalam perhimpunan menyokong pembebasan Si Peliwat tu baru - baru ini. Sekaligus, keputusan itu mendapat respon negatif dari kalangan rakyat.

Ternyata ramai yang kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak tu. Bagi mereka, keputusan itu seolah - olah menidakkan pemimpin lain dalam Pakatan.

Nak pulak dikalangan pemimpin muda yang dianggap lebih berpotensi jika hendak dibandingkan dengan Si Ketua Penipu tu yang sudah tidak lagi relevan dalam arus Politik semasa.

Mungkin sebab itu Si Pak Berahim ni menggesa agar rakyat mengangkat golongan muda untuk menjadi pemimpin Politik dimasa akan datang, sesuai dengan keadaan peredaran zaman.
“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Tapi, takkan saranan yang dibuat oleh Pak Berahim tu hanya hendak ditujukan kepada parti lain je. Macam mana pulak dengan parti dia sendiri? Sanggup ke diorang buat benda yang sama?

Kalau betul Pak Berahim mahu pemimpin muda mengambil alih tampuk kepimpinan Politik hari ini, apa kata dia dan juga pemimpin PAS tu JANGAN BERTANDING dalam Pilihan Raya akan datang. Baru la orang boleh anggap dia Cakap Serupa Bikin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping