Selasa, Februari 02, 2016

Huh! Tak heran la kenapa Si Azmin tu sejak kebelakangan ni menggelupor tak tentu arah sampai sanggup kencing diri dia sendiri. Rupanya, dia sendiri sedar bahawa kedudukan dia tak stabil.

Hakikatnya, Si Azmin tu pun sedar bahawa dia berada dikedudukan yang disandang pada ketika pun bukan sebab dia layak jadi Menteri Besar. Tapi sebab hasil dia melobi diri dia sendiri.

Jadi, tak heran la kalau selepas ini jawatan tersebut boleh dirampas oleh puak - puak DAPigs melalui calon Melayu yang akan dijadikan pertaruhan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Malah, jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAPigs jika sekiranya Si Azmin tu GAGAL mempertahankan prinsip satu lawan satu di negeri ini dalam PRU akan datang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia berkata, beliau yakin DAPigs akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru.
“Pembentukan Pakatan Harapan termasuk dalam konteks Selangor memudahkan lagi DAP mendapatkan kerusi menteri besar apabila calon Melayu mereka yang bertanding menang.
“Sebenarnya DAP mungkin akan dapat menggantikan Azmin sebagai menteri besar kerana dalam hal ini, PKR dan Amanah jelas memainkan peranan sebagai pembantu strategik pada peluasan pengaruh dan kuasa politik DAP,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, keengganan Pas menyetujui prinsip satu lawan satu juga boleh menyebabkan PKR kehilangan lebih banyak kerusi di Selangor, sekali gus memberi laluan mudah untuk DAPigs meraih majoriti.
“PKR sudah menjangka kesukaran yang akan mereka lalui di Selangor dalam PRU14 nanti kerana komposisi kawasan di Selangor agak rumit kalau hendak dipecahkan mengikut majoriti kaum dan parti.
“Tambahan pula strategi politik di negeri berkenaan memerlukan penglibatan signifikan undi semua kaum tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, Azmin jelas mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan kerana beliau sudah boleh menilai sentimen pengundi pembangkang di Selangor kini terbahagi kepada dua iaitu pro Pas dan pro Pakatan Harapan.

Dalam erti kata lainnya, Si Azmin tu sendiri sedar akan hakikat tersebut. Maka sebab itulah kita tengok dia sekarang tengah menggelupor tak tentu arah hanya semata - mata kerana nak kekalkan jawatan Menteri Besar. Bukan sebab dia nak memperjuangkan rakyat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping