Jumaat, Februari 12, 2016

Tabung Haji (TH) menjelaskan bonus bagi 2015 seperti yang diumumkan agensi itu dibayar berdasarkan daripada keuntungan tahun semasa, bukan menggunakan rizab seperti didakwa pembangkang.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH berkata, keuntungan terkumpul TH masih kekal positif walaupun selepas pembayaran bonus 2015 dilakukan baru-baru ini.
“Keuntungan terkumpul TH kini adalah RM609 juta berbanding RM293 juta pada akhir 2014. Usaha ini adalah langkah awal dan selaras saranan Bank Negara Malaysia untuk TH menyemak kembali polisi rizab sedia ada.
“Ingin ditekankan di sini sekali lagi bahawa Bonus 2015 adalah dibayar berdasarkan daripada keuntungan tahun semasa dan tidak sesekali menggunakan rizab,” kata kenyataan itu semalam.
TH turut menjelaskan penyata kewangan agensi itu disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan menurut prinsip syariah.

Malah, Ketua Audit Negara pada 3 Februari 2016 mengesahkan Jabatan Audit Negara telah menyemak polisi perakaunan yang digunapakai oleh TH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat (prudence).

Oleh yang demikian, kata TH, tiada sebarang isu berkaitan dengan ‘creative accounting’ yang digunapakai oleh TH seperti yang digembar-gemburkan oleh setengah pihak.
“Mengenai isu rizab negatif, untuk makluman TH ada dua kategori rizab iaitu Rizab Boleh Agih dan Rizab Tidak Boleh Agih. Rizab Boleh Agih adalah terdiri daripada keuntungan terkumpul dan juga keuntungan tahun semasa.
“Manakala, Rizab Tidak Boleh Agih TH adalah daripada Rizab Nilai Saksama (AFS reserve) yang berubah mengikut pasaran saham semasa,” jelas TH.
TH turut memaklumkan telah mengkredit sebanyak RM3.2 bilion bayaran bonus kepada 8.85 juta kepada pendeposit sejak 8 Februari 2016.
“Pendeposit boleh mengemas kini buku akaun TH masing-masing di semua kaunter TH seluruh negara atau menyemak bayaran bonus melalui ATM rakan-rakan strategiknya,” kata TH.
Kenyataan TH itu sekali gus menepis pelbagai tohamahan dibuat oleh pakar propaganda yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai agensi itu sebelum ini.
Categories: ,

7 ulasan:

  1. pastu yg rafizi dok kata macam2 kat th tu dia dpt mklumat dr mana? pakai hentam je ke?

    BalasPadam
  2. beliau ni juga agaknya pemakan dedak dari pembekal-pembekal dedak

    BalasPadam
  3. Elok jugak ada org macam rafizi ni. Kalau tak suka hati mak ayah dia je azeeeeeeeez dan konco2 dia buat hal. Betul atau tak tak jadi isu. Sekurang2nya adalah org yang buat check and balance. Kalau tak buat salah, tak perlu takut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya check and balance penyelewengan kewangan di negeri Selangor dan P.Pinang juga, tidak lah Azmin dan LGE senang memperbodohkan rakyat dibawah pentadbirannya. Tak gitu?

      Padam
    2. memang bagus tp kalau dah sampai menjatuhkan institusi berkenaan tu bagus jugak ke...contoh isu NFC

      Padam
    3. Ya.. saya setuju dgn anda

      Padam
    4. Setuju 11.11 setuju sangat. Baik BN ataupun PR. Selewang macam nak gila. Kita rakyat yang merana. Dia orang kat parlimen kena teh tarik sesama

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping