Selasa, Februari 23, 2016

Aduhai!!! Ibarat macam orang yang 'Jatuh Ditimpa Tangga' lalu 'Berguling - Guling Masuk ke dalam Longkang'. Memang malang sungguh nasib Si Menteri Besar Selangor ni.

Mungkin itulah khifarah yang harus ditanggung dan diterima oleh dia yang selama ini berhajat nak menggulingkan orang lain demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri.

Dan sejak akhir - akhir ni, makin banyak pulak pendedahan - pendedahan yang dibuat terhadap penyelewengan serta pembaziran yang dilakukan sehingga memaksa MB Selangor tu berbohong.

Isu terbaru ialah mengenai pemberian konsesi Balak yang dibuat secara Haram dan tidak melalui tender terbuka. Perkara itu didedahkan oleh musuh ketat Si Azmin tu dalam satu kenyataan.
Saya sebut dengan jelas bahawa Azmin MENIPU dalam perkara tersebut kerana keputusan penganugerahan balak tersebut diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada TENDER TERBUKA
Tiada tender terbuka ini juga boleh dibuktikan dengan tiada langsung iklan panggilan tender terbuka dibuat oleh Jabatan Hutan atau mana – mana agensi terbabit.
Malah dalam simpanan kami dua kertas MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) bertajuk :
i. Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275 / 132 KV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektar
ii.Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian penghantaran elektrik 275KV (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (ubahan Talian) seluas 34 hektar
Jelas ini membuktikan Azmin MENIPU dengan responnya kepada media mengenai tender diberikan secara TENDER TERBUKA dan dia langsung tidak terlibat dalam memutuskan tender.
Dari pendedahan yang dibuat, ianya memberikan gambaran jelas seolah - olah Si Menteri Besar Selagor tu cuba untuk MENIPU rakyat melalui kenyataan media yang telah dibuat sebelum ini.

Persoalannya, apa tindakan yang akan diambil oleh Si Menteri Besar Selangor tu? Adakah dia akan membiar persepsi tersebut memburukkan Rejim pentadbiran yang dipimpinnya pada ketika ini?

ATAU, adakah Si Menteri Besar Selangor tu ada KEBERANIAN untuk mengambil tindakan terhadap Si Chagubard tu bagi membuktikan yang ianya hanya sekadar fitnah semata - mata? Kalau setakat Kecut Buah Kerandut nak saman Si Chagubard tu, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping