Ahad, Februari 14, 2016

Nah! Kalau semalam, isu berkaitan dengan seorang pemimpin PAS yang telah didakwa oleh blogger Pakatan Haprak tu menonton video lucah di Jerman sudah pun kita jelaskan kepada umum.

Ada yang kata, isu berkaitan dengan perkara tersebut sengaja dibangkitkan sebagai satu bentuk 'Serangan Balas' terhadap artikel yang disiarkan didalam portal rasmi PAS sebelum ini.
Artikel yang disiarkan itu berkaitan dengan satu kes khalwat yang berlaku pada tahun 1995 yang melibatkan Presiden parti 'Kuali' tu dengan isteri kepada pemandu peribadinya sendiri.

Jika dilihat dari sudut Politik, tak mustahil perkara sedemikian boleh berlaku. Dalam Politik Longkang Pakatan Haprak tu, apa saja pun boleh jadi Modal bagi diorang. Termasuk cerita lucah.

Tapi, itu kalau kena batang hidung orang lain. Kalau kes tu kena pada batang hidung diorang sendiri, pandai pulak diorang diam dan mendakwa itu semua hanya fitnah semata - mata.

Yang herannya, bila didesak suruh ambik tindakan dan saman pihak yang terlibat, takde pulak yang berani. Suruh buat laporan Polis pun semua pakat 'Kecut Buah Kerandut' belaka.

Kali ini giliran Tuan Punya badan pulak jawab balik dakwaan yang telah dilemparkan terhadap dirinya. Tak pasti la sama ada betul atau tidak pemimpin PAS yang dimaksudkan tu adalah dia.

Sebaliknya, Si Ahli Parlimen Temerloh tu kata, penyebaran berita mengenai perkara tersebut adalah merupakan satu bentuk 'Fitnah Keji' yang sengaja dilemparkan terhadap dirinya.
“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman. Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah.
“Tegasnya saya enggan melayan permainan 'pihak tertentu' ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Heh! Tau pulak dia nak menafikan perkara tersebut ye. Tapi yang herannya, kenapa Si Ahli Parlimen Temerloh tu tak nak bermuhasabah dan menganggap ianya sebagai satu bentuk Khifarah?

Mungkin apa yang menimpa diri dia hari ini adalah balasan terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Mana la tau. Mungkin suatu ketika dulu dia juga pernah melemparkan tuduhan yang sedemikian terhadap orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bersangka baiklah dan tabbayun bila terima berita dari orang fasik dari kalangan penyokong liberalisma,pluralisma dan komunis.Jangan pula kita yg dapat dosa kering atau jadi sekapal dgn mereka.Kalau ianya benar pun apa yg kita dapat,apa lagi kalau ianya tidak benar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping