Rabu, Mac 09, 2016

Wow! Memang hebat sungguh hujah yang cuba dibicarakan oleh awek yang nama dia pun separa Mat Salleh ni. Bagus juga dia ada hajat nak membidas kenyataan Ketua Puteri UMNO.

Kata Si Awek Kacukan yang nama dia ada separa 'Mat Salleh' ni, dia rasa heran kenapa YB Mas Ermieyati harus berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Malah kata dia, perkara sedemikian, berkongsi platform dengan bekas musuh Politik bagi menegakkan Kebenaran serta agenda 'Selamatkan Malaysia' sepatutnya perlu menjadi satu kebiasaan.
"Tidakkah anda pernah terfikir bahawa keadaan ini tidak berlaku dengan sendirinya? Bahawa ada di antara kita begitu kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia sehinggakan kita tidak mempunyai cara lain untuk melawan rasuah?"
Heh! Nampak sangat kedangkalan ilmu Politik yang dimainkan oleh Si Awek Kacukan ni. Mentaliti dia mengalahkan budak kampung Ulu Cheka. Bijak lagi budak kampung tu membuat penilaian.

Hakikatnya, Si Awek Kacukan ni GAGAL untuk memahami keadaan yang sebenar. Realitinya, puak - puak Pakatan Haprak tu bukannya nak memperjuangkan kepentingan rakyat.

Malah mereka juga bukannya ikhlas nak memperjuangkan agenda untuk menolak rasuah seperti yang digambarkan. Sebaliknya, diorang hanya sekadar nak memperalatkan orang lain.

Perkara itu boleh dilihat dengan jelas apabila dakwaan demi dakwaan yang dilemparkan tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh dan hanya sekadar dihidangkan dengan spekulasi.

Bahkan hari ini, puak - puak Pakatan Haprak tu sudah pun menegaskan bahawa agenda utama yang perlu mereka perjuangkan adalah untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

Tidakkah itu membuktikan bahawa mereka hanya sekadar mempergunakan orang demi untuk mencapai matlamat agenda berkepentingan Politik Peribadi mereka yang tersembunyi?

Yang membuatkan orang rasa kecewa ialah apabila tindakan Tun Mahathir sanggup menggadaikan prinsip dia sendiri semata - mata demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi orang lain sehingga akhirnya dianggap sebagai satu bahan MUNAFIK!!!
Categories:

9 ulasan:

  1. At her young age (mungkin baru 20 tahun)awek kacukan sudah berani
    bersuara, menunjukkan dia seorang rakyat Malaysia yang prihatin.
    Dia pandai berbahasa Melayu berbanding dengna Najib at her age.
    Cakap Melayu tak pandai, baca teks ucapan pelat sampai bodigad
    dia pun malu! Tengok pulak anak Najib si Norsham or whatever his name is, selagi matahari tak terbit, masih duduk bertunggu tangga
    di THE ZOUK. Inikah anak PM yang setiap bulan buat UMRAH......???
    Harap para belia Malaysia samada yang kacukan atau Melayu asli,
    jangan jadi macam Najib anak beranak. Guna agama untuk raih undi
    Sebenarnya dalam jiwa takda sekelumit kepercayaan pada agama.
    sebab tu boleh curi duit rakyat, langsung tidak ada rasa bersalah. Tebal macam kulit babi

    BalasPadam
  2. APA pasal pulak awek kacukan itu cakap PM makan rasuah..dia tahu ke apa itu rasuah. Najib tak makan rasuah...tahu tak!!!. Dia cuma songlap duit rakyat 2.6 b je...faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau pun pekak juga. Kalau Najib nak songlap duit dia tak cerita dengan Muhyiddin. WSJ dan Sarawak Report pun tahu dari Muhyiddin.

      Padam
  3. Org bodo jer tak nampak mainan agenda mamak kerala tu.Klu boleh pm legasi 22 tahun dpd golongan puak mrk yg terus2an memewahkan waris dan kroni mamak kerala.
    Pihak pembangkang bukannya tak tahu tapi terjerat bodo dgn musuh ketat mrk sendiri.Alang2 dah tido sekelambu...sekor2 menjilat dosa2 mahdey ke atas mrk.Langsung tiada pendirian dlm hidup.Hanya manusia bodo jer yg terpana dgn puak2 ini.Yang cerdik sedar bhw mahdey dh ketandusan idea utk menjatuhkan najib krn najib gagal jadi boneka kpd waris dan kroni mrk....
    Bila belek kembali wajah2 deklarasi selamatkan malaysia dpd legasi 22tahun yg gila nak memewahkan waris dan kroni mahdey....nak tergelak aku tengok wajah meroyan mahdey dan wajah munafik para pembangkang.
    Paling tidak pon...dlm deklarasi tu letaklah bhw mahdey sah telah memfitnah anwar ibrahim ker barulah semangat sikit akar umbi yg selama ini menjaja anwar disahkan peliwat pd 1998 turun berdemo.
    Ini bodo dan bangang punya deklarasi spt bodo dan bangangnya mahdey tdtangan konsesi tol yg kononnya menjimatkan wang negara.Apa yg ada??!!!!!Konon rugi memanjang dan terus naik memanjang.....
    Wang dan rakyat juga tanggung sengsara.Kroni pulak...kaya raya!!!!

    BalasPadam
  4. budak kacukan ni faham ke tidak apa itu rasuah ?

    atau dia cuma tahu cakap rasuah rasuah rasuah ? sebab dah masak dengan pembangkang melalak kata kerajaan rasuah? benarkah kerajaan rasuah? siapa yg dirasuahkan? untuk apa?
    rasuah dlm bentuk apa kerajaan lakukan dan kepad siapa? ada bukti?

    inilah masalahnya generasi muda , hanya tahu dengar dan ikut ..percaya telan bulat2 apa yg dia dengar tanpa berusaha untuk berfikir dan mengkaji sedalamnya apa yg dia cakap !

    BalasPadam
  5. Mereka ini tuduh sahaja sebab sedap di mulut, manis berkata-kata. Semalam saya berjumpa seseorang yg mengatakan tukaran kadar wang sekarang teruk, lebih teruk dari masa TM. Adakah mereka ini semua tidak tahu. Kadar pertukaran mencacak sehingga 4.3 berbanding US$. Sebab itu perlu ditag kepada 3.8 untuk mengelakkan jatuh lebih teruk. Br pound hampir mencecah RM6.3 pada 2003/2004. Lagi teruk dari sekarang. Satu masa dalam tahun 70an, kadar menjadi RM7 utk Brpound

    BalasPadam
  6. dlm dunia hari ini senang2 je tuduh org itu rasuah org ini seleweng sbg alasan nak rebut kuasa.

    Baik tak payah buat pilihanraya mcm tu. Bila yg naik tu bkan org2 pakatan haprak maka mcm2 rasuah akan di tuduh

    tp kepala2 rasuah dlm Pakatan hapark semuanya 'suci' terbebas dr rasuah wpun kaki makan rasuah.
    Sbb apa..sbb dunia siber dn viral ini dimenangi oleh puak2 Haprak ini.

    Sbb mereka xde keje dn smgt jahat mereka membara.

    Kepala hotak ko le betina.. lawan rasuah.. ko pegi lawan Lim Tokong Sial penang tu rasuah tkterkira dh projek2 gila2 entah dr mana lulus tapi tetap jalan...

    EIA ke PBT approval ke. bla.. tgk2 bini tukar aksesori mewah setiap hari. Pergo Hong Kong di sambut oleh taikun2 besar.. apasal tak ckp itu semua rasuah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong. Nak kena tukar PM kenalah tunggu PRU dulu. Jangan senang2 main cakap dan tuduh saja. Jangan percaya bulat2 apa yg WSJ atau Sarawak Report cakap. Dema ada kepentingan peribadi. Cuba google tengok apa dunia cakap pasal PM kita, pasal 1MDB ke apa. No hal punya. Itu semua fitnah.

      Tok Arab pun dah cakap, dia derma ikhlas dekat PM sukahati PMlah nak buat apa, nak belanja PRU ke, nak hantar balik ke. Yg korang sebok2 nak susah hati ni apesal???

      Padam
  7. Ini bukan soal nak tukar kerajaan atau nak jatuhkan UMNO. Apa yang menjadi persoalannya yang sebenar ialah berpunca dari PM Najib sendiri yang pada awal2 lagi tidak mahu berterus terang tentang Rm 2.6 billion tu. Sekejap kata macam ni sekejap lagi kat macam tu, jadi bila jawapan tu tidak pasti maka itu yang dipersoalkan. Tentang hutang 1MDB tu takpelah kerajaan ada banyak lagi tanah yang boleh dikorbankan. Kalau kerjaan nak kena beli pun tanah untuk dijual, kerjaan boleh beli dengan harga yang murah je kira2 Rm 60 sekaki persegi dan boleh kemudian dijual dengan Rm4000 atau Rm5000 sekaki persegi, itu no hal punya, tetapi kena bagi tahu cerita yng sebenar. Rakyat tidak suka diperbodohkan macam pemimpin2 UMNO yang tegar menyokong membati buta

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping