Jumaat, Mac 18, 2016

Heh! Ini satu lagi berita yang memang takde orang pun akan rasa terkejut bila diorang mendengarnya. Sebab benda ni memang dah menjadi kebiasaan sangat bagi puak - puak PKR tu.

Ye la. Selama hari ini pun kita sendiri tau bahawa puak - puak PKR tu memang takde sokongan yang kuat dari peringkat akar umbi. Diorang banyak terpaksa bergantung kepada orang lain.

Ibarat macam 'Kerakap Atas Batu' jugak la puak - puak PKR ni. Hidup segan, Mati tak sedar diri. Kalau nak harapkan diorang bergantung kepada kekuatan sendiri, memang tak ke mana la jawabnya.

Jadi, terpaksa la puak - puak PKR tu jadi macam 'Lalang' yang hidupnya hanya sekadar bergantung kepada 'Tiupan Angin'. Mana angin tu bertiup, pasti kat situ jugak diorang akan tunduk.

Maka, tak heran la bila Si Wan Azizah tu buat pengumuman dengan mengatakan bahawa parti yang dia pimpin tu sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan gabungan baru yang dibentuk oleh PAS.

Kata Si Wan Azizah, perkara itu boleh berlaku sekiranya ada 'Persamaan' diantara mereka dengan gabungan baru yang dibentuk oleh PAS sebelum ini dengan menjadikan rakyat sebagai alasan.

Walhal sebelum ini pun kita tau ke mana arah 'Kiblat' puak - puak PKR tu. Kalau tak menghala ke 'Bontot' Si Ketua penipu tu, hidup mati semula pun diorang takkan sokong mana - mana pihak.

Agenda utama yang diperjuangkan oleh PKR hari ini sudah pun dinyatakan secara terbuka. Diorang hanya memperjuangkan kebebasan Si Ketua Penipu tu sahaja. Yang lain semua tolak tepi.

Maka kesimpulannya cukup mudah. Sekiranya gabungan baru yang dibentuk diantara PAS dan parti pimpinan Si Mamak Kadiaq tu boleh cenderung ke arah itu, takde masalah untuk diorang menjalinkan kerjasama. Kalau tidak, 'Kirim Salam' je la!!!
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok politik ketiga, gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kesamaan dalam perjuangan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fokus parti itu ialah untuk kepentingan negara dan rakyat.


"Kalau mereka ada kesamaan, itu boleh bentuk kerjasama tapi satu (kerjasama) formal itu saya kira mesti dibincang dulu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. KALAU TAK ADE UNDI PAS..BUNGKOS PKR. TAK CAYE? ITU SEBAB MASIH TERHEGEH HEGEH MENGHARAP PAS. INI PARTI SAPU KELILING. DEPAN BELAKANG SAPU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping