Jumaat, Mac 18, 2016

Huh! Heran jugak bila dengar cerita dari orang yang hantar gambar ni semalam. Pelik, tapi takde la sampai tahap nak hilang akal. Cuma terasa jugak heran kenapa diorang datang tak cari Foziah.

Dari apa yang dijelaskan oleh orang yang hantar gambar ni semalam, dia pun terkejut bila dapat tau mereka yang berkumpul berhampiran jalan masuk ke Parlimen tu bukannya nak bantah Bauksit.

Malah jauh sekali diorang datang untuk mencari Ahli Parlimen Kuantan bagi mengadu nasib mereka berhubung dengan isu Bauksit tu. Sebaliknya diorang datang cari Menteri NRE.

Bila ditanya, datang untuk apa, diorang kata nak hantar memorandum kepada Menteri Sumber Alam Sekitar (NRE).
"Aku pun terkejut bro. Aku ingatkan diorang datang nak bantah isu perlombongan bauksit di Kuantan tu. Tapi diorang kata tidak. Sebaliknya diorang kata, diorang nak perlombongan tu dibuka semula," jelas sahabat yang hantar gambar tu.
Pulak dah!!! Patut la tak nampak kelibat Si Foziah tu. Tak heran la kenapa diorang berkumpul tu tak datang dengan ditemani oleh puak - puak Pakatan Haprak tu. Rupanya, lain tujuan diorang.

Kita ingatkan selama hari ni, habis SEMUA penduduk di Kuantan, terutama yang tinggal disekitar kawasan Felda Bukit Goh tu membantah sekeras - kerasnya perlombongan Bauksit ni.

Rupanya, jangkaan kita meleset. Ada jugak dikalangan diorang yang nak perlombongan Bauksit ni diteruskan sebab ianya menjadi sumber pendapatan baru kepada mereka yang terlibat.
Tapi, sebagai seorang wakil rakyat yang 'PRIHATIN', kenapa Si Foziah tu tak datang jumpa mereka yang duduk berkumpul dibawah pokok ni semalam? Kenapa dia menghilangkan diri? Takkan Si Foziah tu takut kena balun ke dengan diorang yang berkumpul ni!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. majoriti dari peneroka felda .. 1 ekar RM1juta .. sawit dah hancur nak buat apa lagi ...
    tak puas hati jer serbu parlimen .. takde adap ker
    mana wakil yang korang pilih sebelum ni ... tido lagi ke

    BalasPadam
  2. cer tanya tanah tu masih milik Felda ke tidak ke .. camana boleh dijual pada tokey bauksit
    Felda sila jawap
    PTG sila jelaskan
    PBT per citer
    ADUN .. jangan duk sibuk adun biskut .. raya lambat lagi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping