Isnin, Mac 14, 2016

Heh! Dalam kenyataan media, boleh la Si Wan Azizah ni kata yang PKR tidak tergugat dengan usaha PAS untuk mewujudkan gabungan Pakatan Baru. Tapi dalam hati siapa yang tau ye tak.

Realitinya semua orang pun tau bahawa PKR masih lagi bergantung harap kepada sokongan dan dokongan ahli - ahli PAS untuk menjadikan parti itu terus kekal relevan dalam arus Politik.

Tanpa sokongan dari ahli - ahli PAS, sampai kiamat pun PKR tidak akan mendapat sebarang sokongan dari rakyat diperingkat akar umbi. PKR bukannya ada penyokong sendiri.

Yang ada pun hanya dari kalangan mereka yang 'Hidup Segan, Mati Tak Sedar Diri' je. Itu pun tak termasuk dari kalangan mereka yang kecewa sebab tak dapat perhatian dari pihak tertentu.

Dalam erti kata mudahnya, ahli PKR ni kebanyakkannya terdiri 'Sampah' parti lain belaka. Sewaktu awal penubuhan PKR, diorang kutip 'Sampah' dari UMNO dan parti lain yang dah tak bernyawa.

Baru - baru ni, PKR kutip 'Sampah' dari PAS pulak yang tak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti tersebut. Antara lainnya, PKR menerima keahlian Si Mike Tyson tu tanpa persetujuan PAS.

Jadi sekarang, kenapa pulak PKR nak sibuk - sibuk masuk campur dalam urusan PAS sekiranya parti itu nak mewujudkan satu gabungan baru menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang? Parti sendiri pun huru hara, tak payah la diorang nak sibuk dengan parti orang pulak!!!
BUKIT MERTAJAM: Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di sini pada Ahad, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.

Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi...kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini...sabar."
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping