Isnin, Mac 14, 2016

Fuh!!! Punya ramai yang bertindak tak nak jadi rakyat Malaysia ni rupanya. Ingatkan setakat sorang dua je. Tapi hakikatnya, seramai 54,406 orang yang dah lepaskan hak kerakyatan diorang.

Itu baru dalam tempoh 6 tahun sejak 2010. Yang sebelum - sebelum ni, tak tau la berapa ramai pulak yang dah ambik tindakan yang sama. Yang pastinya, dah tentu lebih ramai dari tahun 2010.
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan seramai 54,406 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan sebagai warganegara sejak 2010 sehingga sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, alasan yang diberi rakyat Malaysia yang berbuat demikian adalah  kerana telah memperoleh  kewarganegaraan negara lain.

‎"Berdasarkan bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan, terdapat dua cara penamatan kewarganegaraan Malaysia, sama ada melalui tindakan pelucutan ataupun melalui pelepasan.

"Untuk rekod rekod Jabatan Pendaftaran  Negara (JPN), semenjak tahun 2010 hingga 31 Januari 2016 menunjukkan seramai 54,406 orang warganegara Malaysia telah membuat pelepasan kewarganegaraan mereka.


"Mereka juga memberi alasan pelepasan adalah kerana mereka telah memilh untuk tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan telah memperolehi kewarganegaraan negara lain," katanya menerusi jawapan bertulis  di Parlimen di sini, hari ini.
Bila ditanya antara punca sebab mereka melepaskan kerakyatan tersebut, diorang akan bagi alasan kononnya di Malaysia ni banyak sangat isu remeh temeh yang dibangkitkan. Kos sara hidup tinggi.

Kot diorang lepak kat Negara orang tu pun, bukannya diorang kerja jadi Eksekutif atau jadi Bos. Pusing - pusing, jadi kuli jugak. Mungkin ada yang jadi bos, tapi tetap kerja untuk orang.

Dan bila dengar alasan kata di Malaysia ni banyak sangat isu remeh temeh, itu bukan salah Kerajaan. Sebaliknya puak - puak Pakatan Haprak tu jugak yang sering memainkan sentimen sedemikian.

Punya la takde modal sangat diorang nak berpolitik, sampai isu Kangkung pun diorang nak besar - besarkan. Kalau kita besar - besarkan isu diorang, tau pulak diorang meroyan tak tentu arah.

Pokok pangkalnya, bagus juga diorang ni melepaskan hak kerakyatan diorang tu secara sukarela. Setidak - tidaknya, diorang ada jugak pendirian diorang sendiri dan berani nak ambik tindakan tersebut. Bukannya macam puak - puak Pakatan Haprak tu yang setakat tau 'Menyalak Bukit'!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Ramai yang ingin bebas, bukan hidup bawah tempurung.
    Di luar tempurung masih ada dunia lain,juga BUMI ALLAH.
    Di mana-mana pun kita duduk, rezeki tetap ada.
    Jadi jangan takut memikirkan , jika takda UMNO menjaga
    Melayu, melayu akan sengkek dan tidak boleh hidup.
    Allah berfirman: SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11

    BalasPadam
  2. 54,000 tolak berjuta-juta tunggu nak ambil makanya tidak adalah isu. Ia jadi isu kalau 500,000 tolak tapi takdak seorang pun yang ambil. Apapun benda bukan isu jadi isu adalah makanan ruji pembangkang. faham-fahamjelah

    BalasPadam
  3. Kalau buat pecahan bangsa yang melepaskan kerakyatan negara, aku dah boleh agak bangsa mana yang paling ramai dalam pecahan tersebut. Tapi bagus juga, duduk malaysia nak bercakap bahasa malaysia pun tak fasih-fasih, lebih agungkan bahasa english dari bahasa kebangsaan sendiri...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping