Jumaat, Mac 25, 2016

Wow! Ini boleh dianggap sebagai berita panas. Nak pulak bila dengar cerita yang berkaitan dengan skandal rumah "Terlajak Murah" yang dibeli oleh Lim Guan Eng.

Ekoran desakan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri supaya Ketua Menteri itu mengambil cuti.

Dengar - dengar ceritanya, Si Ketua Menteri tu sekarang ni sedang dalam keadaan yang hilang akal tak tentu arah dan panas punggung dek kerana desakan yang telah dibuat.

Bahkan, ada juga cerita yang disebarkan kononnya Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu akan ditukar dan digantikan dengan pemimpin baru dari kalangan puak - puak DAPigs.

Sekarang ni katanya, DAPigs dah mula kecoh nak mencari calon siapa yang bakal dipilih untuk menggantikan Si Lim Guan Eng tu sebagai Ketua Menteri.

Dan dari apa yang disampaikan didalam laman media sosial, kepimpinan DAPigs Pusat akan mengadakan mesyuarat tergempar CEC untuk membuat pemilihan yang dijadualkan esok.

Apa yang lebih menggemparkan, Si Lim Guan Eng tu juga turut dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri dalam masa terdekat. Selewat - lewatnya hari Isnin.

Persoalan sama ada berita yang disampaikan dan disebarkan secara viral didalam laman media sosial berkaitan perkara tersebut betul atau tidak, kita tak pasti.

Tapi, sekiranya ianya benar, maka Si Guan Eng tu akan mendapat kepujian kerana berani mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau tidak, nampak sangat la yang Si Lim Guan Eng tu hanya setakat 'Pandai Bercakap' je la. Bukannya dia berani nak ambik tindakan pun!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. siapa pun ganti lge selagi dokong dasar dap ia tetap sama.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya`Najib pun letak jawatan.
    Barulah betl.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib buat kesalahan apa yang dipaksa letak jawatan tu?

      Padam
  3. Masalahnya, sekarang awak dah bersedia tak nak gantikan najib ooi cik minah tak kisahlah kalau awak seorang perempuan pun kan awak pandai dari najib. saya rasa atau awak perasan ja!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir tidak ada yang tidak mengkritik cara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melangsaikan hutang-hutangnya.

      Menjual sebahagian besar atau mungkin semua harta-hartanya semata-mata untuk membayar hutang, terutama kepada pihak asing, membuatkan Datuk Seri Najib Razak yang menubuhkan 1MDB, menjadi pengerusi lembaga penasihatnya dan berbangga dengan kaedah "jual harta mak bapak" itu, menjadi sasaran utama kritikan ramai.

      Pelan rasionalisasi hutang dengan menjual 60% Bandar Malaysia yang diumumkan 31 Disember lalu dan keseluruhan Edra Energy sebelum ini sebagai memenuhi janji Najib untuk menyelesaikannya dalam tempoh 6 bulan, akhirnya langsung tidak menimbulkan kebanggaan atau "stim" kepada sesiapa pun.

      Hakikatnya, kaedah sebegitu tidaklah bernilai apa-apa kepada orang ramai, malah tidak ubah seperti meniru cara biasa dilakukan seseorang yang kalah judi untuk membayar hutang-hutang perjudiannya.

      Bagi bekas ahli Parlimen Umno Tamrin Abdul Ghafar, cara penyelesaian hutang dengan menjual harta-harta seperti dilakukan Najib itu hanya memalukan nama Tun Razak dan Tun Rahah semata-mata.Anina juga mengandaikan, berikutan pendekatan Najib yang disifatkannya gagal, barangkali menjadikan Ahmad yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antaragangsa dan industri, lebih berjaya menguruskan negara berbanding Najib.

      Hahaha...walaupun Najib mungkin sedih disamakan dengan Ahmad tetapi beliau tentunya bangga apabila dikatakan turut layak menjadi perdana menteri.

      Cuma, membandingkan Najib dengan Ahmad akan membawa kepada persoalan lain pula – apakah ini bermakna Ahmad lebih cerdik daripada Najib, Najib sebenarnya lebih teruk daripada Ahmad atau kedua-duanya tak boleh pakai?

      Boleh mana-mana cai Najib tolong jawab persoalan ini? – toktoyolcom.blogspot.my

      Padam
    2. Tok Toyol. Kot ye pun nak putar belitkan fakta, jangan la nampak sangat. Mana datang pulak 60 peratus tu dijual kepada orang luar.

      Yang disebut oleh 1MDB, 75 peratus dari Bandar Malaysia tu masih milik Kerajaan Malaysia. Jual yg 25 peratus tu pun bukannya tanah tu diorang boleh bawak balik ke China.

      Kalau nak dikaji, masa zaman Mahathir, berapa banyak tanah di Kuala Lumpur tu dah dijual kepada orang luar? Yang tu takde sapa pun nak pertikai.

      Padam
    3. Cai NAJIB,U kat mana? tolong jawap persoalan ini...
      Penipuan Menantu PM membabitkan 63 juta...
      Ketika belajar di University Columbia, Daniyar telah menggunakan rupa parasnya untuk menawan hati anak Perdana Menteri Malaysia iaitu Nooryana Najwa Binti Mohd. Najib sehingga mengikat tali pertunangan.

      Episod penipuan ini bermula pada tahun 2008 apabila Bolat telah meminta bantuan Daniyar untuk mencarikan sebuah apartment untuknya dan memberikan kuasa kepada Daniyar untuk menandatangani semua dokumen pembelian bagi pihaknya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu Daniyar telah menandatangani dokumen jual beli kondo mewah tersebut dan meletakkan nama ibunya keatas apartment mewah yang dibeli itu.

      Selepas lapan bulan kondo mewah tersebut dibeli,Maira telah menjualkan semula kondo tersebut kepada anaknya sendiri iaitu Daniyar dengan harga USD1 sahaja.Daniyar Nazarbaye Nazarbayev telah melakukan penipuan terancang dengan merampas secara tidak sah pemilikan 3 buah apartment yang bernilai RM63 Juta milik bekas bapa tirinya.Daniyar Nazarbaye Nazarbayev dan ibu nya Maira Kesikbayev sedang didakwa di mahkamah Manhattan dalam kes penipuan tersebut.

      Bolat telah berpisah dengan Maira pada tahun lepas selepas Bolat mendapati bekas isterinya dikehendaki oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes peras ugut dan penculikan.

      Pada tahun 2001, Maira telah menukar nama akhir anaknya Daniyar dari Kesikbayev ke Nazarbayev dalam sijil kelahirannya dengan tujuan untuk memberikan status persepsi bahawa Daniyar adalah sebahagian dari keluarga berpengaruh dan ternama di Kazakhtan.

      Daniyar kemudiannya menggunakan nama akhir yang baru dan telah melakukan penipuan dokumen kelayakan untuk memasuki Universiti Columbia.Beliau telah melakukan penipuan dengan menggunakan dokumen kelayakan palsu,dalam dokumen palsu Daniyar itu menunjukkan bahawa beliau telah tamat belajar di sebuah sekolah tinggi di Kazakhtan.Tetapi menurut keterangan Bolat bekas anak tirinya sebenarnya belajar di Switzerland tetapi tidak pernah menamatkan pelajarannya.

      Daniyar kemudiannya memperolehi ijazah dari University Columbia walaupun pihak pengajian di......... Sumber BERITA KAMI......@com

      Padam
  4. Apa la lu ni!...... Andaian nilah bakal memjadi Virus memamah
    merebak membarah akhir nya........luncai terjun bersama labunya. jangan ingat sedikit tak jadi bukit......
    pandang belakang dah tak bermakna pun......kini zaman Perompak bermaharaja lela......Perogol Hak Mutlak.....
    Punitif.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping