Jumaat, Mac 18, 2016

Hahaha!!! Mana lagi Si Lim Guan Eng ni nak lari? Nampak gayanya semakin runsing kepala lutut Si Lim Guan Eng ni bila memikirkan dia bakal menerima nasib yang sama seperti Khir Toyo.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang tu dah memberikan jawapan berkaitan dengan isu pembelian rumah dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran tu hari ini, tapi itu tidak mencukupi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Guan Eng tu menyifatkan pembelian rumah tersebut sama seperti mendirikan sebuah perkahwinan, bergantung atas dasar suka sama suka.

Tapi hakikatnya, perkara sedemikian tidak berlaku dalam dunia nyata. Dia boleh bagi gambaran sedemikian. Namun realitinya, 'Precedent Case' berkaitan dengan isu yang sama sudah ada.

Sebelum ini, Datuk Seri Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor juga pernah menghadapi isu yang sama, membeli rumah dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa pembelian itu atas dasar suka sama suka, namun Khir Toyo tetap juga dijatuhkan hukuman dengan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembelian.

Jadi, memang patut pun orang ramai memberikan pendapat bahawa Si Lim Guan Eng tu wajar menerima nasib yang sama, walaupun dia belum lagi dihadapkan ke mahkamah. Tapi setidak - tidaknya, Si Lim Guan Eng tu dah tak boleh senang duduk bila SPRM dah bukak kertas siasatan!!!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah di negeri itu.

Menurut sumber SPRM, kertas siasatan itu akan dibuka mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung dakwaan kononnya menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

"Kita telah menerima beberapa laporan berkenaan isu ini hari ini dan kita masih menunggu jika ada laporan lain yang dibuat. 

"Kalau aduan sebegini, memang kita akan buka kertas siasatan secepat mungkin dan kami akan siasat tidak kira siapa individu yang terlibat," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Selain itu, kata sumber itu, pihaknya juga akan memanggil Lim untuk memberi keterangan setelah mendapatkan keterangan daripada pengadu-pengadu serta saksi-saksi.


"Saksi akan dipanggil untuk sahkan tohmahan yang diutarakan dan selepas itu baru kita akan panggil dia (Lim)," kata sumber itu.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. hrp sprm siasat....jngn tak siasat.

    BalasPadam
  2. sudah bermula tektik kotor umno-bn membunuh karektor pembangkang untuk menang pru14 ..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Satu satu perkara jahat timbul.

      Padam
    2. lanthuiii...

      itu 2.6b ngan najib bukan membunuh karektor? kalau kena kat depa..macam2 no...?

      Padam
    3. Umno ke yang beli benglo tu bawah harga pasaran?..nape bodohnya sangat ko ni...

      Padam
    4. Asal kena kat pembangkang sahaja di katakan tektik kotor...kotor kepala hotak hang...jenis bodoh tak sudah.

      Padam
  3. Josep lim sembahyang banyak banyak,banyakkan sunat jangan lupa bangun malam.

    BalasPadam
  4. Itu 7.21 askar RBA penulis upahan dapig takan reti baca fakta otak penuh tahi babi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping