Jumaat, Mac 11, 2016

PAS hari ini tampil menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong jika usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika Wan Azizah membentangkan usul itu, semua Ahli Parlimen PAS dan termasuk Presidennya, Abdul Hadi Awang akan menyokongnya.
“Di Parlimen tak naik (usul undi tak percaya pada Najib). Kalau naik mungkin kita akan sokong. Usul itu tak naik. Kita sokong kalau ada usul untuk undi tak percaya. Kita akan sokong tapi biarlah ada dulu usul itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin juga mendedahkan parti Islam itu juga akan membentuk satu blok Politik ketiga dalam landskap Politik Negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 14.

IRONIKnya, kenapa pulak PAS nak desak Wan Azizah untuk membawa usul tersebut sedangkan sebelum ini Wan Azizah mendakwa parti itu yang sering meng-GAGAL-kan usaha mereka?


Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, Wan Azizah melahirkan rasa kesalnya terhadap Ahli Parlimen PAS yang tidak memberi sokongan terhadap usul untuk menolak Bajet 2016.
"Ia tindakan sia-sia. Kami tahu ia tidak akan berhasil kerana pernah cuba sebelum ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu. - seterusnya...
Nah! Tidakkah kenyataan itu membuktikan bahawa PKR menyalahkan kepimpinan PAS kerana enggan turut serta dalam usaha Pakatan Haprak tu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional?

Bahkan, itu bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Malah PKR sebelum ini juga pernah menuduh PAS telah meng-GAGAL-kan agenda 16 September dan perlaksanaan agenda Langkah Kajang. Jadi, buat apa PKR nak ikut cakap orang yang seringkali membeloti mereka!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping