Isnin, Mac 07, 2016

Sebaiknya, UMNO perlu memberi pertimbangan terhadap saranan ini. Tak perlu nak menghabiskan masa dengan mengambil tindakan terhadap dua orang pemimpin yang dinyatakan diatas.

Selepas mereka menandatangani deklarasi bersama dengan puak - puak Haramjadah DAPig baru - baru ini, terngiang - ngiang dihujung telinga orang UMNO mendesak agar mereka dikenakan tindakan.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa mereka diatas tindakan dua orang pemimpin UMNO itu dan menganggap ianya sebagai satu bentuk perbuatan khianat terhadap perjuangan parti.

Hakikatnya, memang tindakan seperti itu yang didambakan oleh dua orang pemimpin tu disebalik kenyataan KONONnya mereka mahu memperjuangkan kehendak rakyat bersama DAPigs.

Secara logiknya, memang UMNO perlu mengambil tindakan disiplin ke atas perbuatan tersebut. Dan tidak dinafikan bahawa UMNO juga mempunyai kuasa untuk bertindak sekiranya perlu.

Tetapi dari segi strateginya, tindakan memecat keahlian dua orang pemimpin tersebut tidak akan memberi sebarang manfaat untuk memulihkan imej UMNO dimata masyarakat umum.

Sebaliknya tindakan memecat keahlian dua orang pemimpin itu hanya akan memburukkan keadaan memandangkan mereka masih lagi mempunyai sebilangan pengikut diperingkat akar umbi.

Sewajarnya, mereka dibiarkan sahaja agar rakyat sendiri dapat menilai sejauh mana kesetiaan mereka terhadap perjuangan parti. Rakyat boleh tengok, TOTOK sangat ke diorang terhadap DAPigs.

Lagi pun, sekarang bukan masa yang sesuai untuk UMNO menghukum mereka. Dan tindakan memecat keahlian mereka tidak akan memberikan sebarang keuntungan dari segi strategi Politik.

UMNO boleh tunggu sehingga Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka. Nak dekat Pilihan Raya nanti, baru ambik tindakan terhadap dua orang pemimpin tu.

Kuasa untuk memberi mandat bertanding dalam Pilihan Raya merupakan kuasa Pengerusi Barisan Nasional. Bila tiba masa nak Pilihan Raya, tak payah calonkan dua orang pemimpin tu.

Kalau tidak pun, biar kan saja diorang bertanding. Kita nak tengok jugak sejauh mana kekuatan dua orang pemimpin tu dikawasan mereka masing - masing. Adakah ianya seperti yang digambarkan? Atau mereka hanya sekadar tau 'MEMBULAK' semata - mata!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Yang ditunggu-tunggu ahli umno untuk dipecat ialah najib Dan kuncu kuncunya bukannya Tsmy ,mukriz Dan shafie. Kesalahan Najib berkali kali lebih serious dari apa yg dilakukan oleh trio tersebut.

    BalasPadam
  2. Tak mahu calon pun takpa, Mahyidin, Mukhriz dan
    Shafie akan vertanding sebagai CALON BEBAS!!!!
    Di pecat atau tak dipecat mereka bertiga tetap
    jadi THE THREE MUSKETEERS yang berjuang dari
    dalam menegakkan KEBENARAN dan KEADAILAN.

    lawan tetap lawan! KIHKIHKIH

    BalasPadam
  3. Kasi bungkus perasuah dan kuncu kuncunya... sumbat mereka dalam penjara bersama sama peliwat ... selamat maju jaya pada Tun dan grombolannya

    BalasPadam
  4. Dua malaun ini jika pada zaman Madey dah lama kena ISA.

    BalasPadam
  5. UMNO perlu menggantikan calun lain untuk pru14 kelak di tempat munyidin dan mukriz. X perlu nak pecat mereka, biarkan saja mereka.

    BalasPadam
  6. UMNO perlu menggantikan calun lain untuk pru14 kelak di tempat munyidin dan mukriz. X perlu nak pecat mereka, biarkan saja mereka.

    BalasPadam
  7. Jika dia dah pegang pada prinsip bahawa dia tidak lagi boleh menerima kepimpinan tertinggi partinya maka jalan terbaik adalah untuk meninggalkan pemimpin dan parti yang dianggotainya. Walaupun seluruh hidupnya untuk parti tersebut.

    Sudah terang dia telah menolak kepimpinan parti dan bersekongkol dengan pihak lawan apa lagi yang dia tunggu. Dia sendiri pun ditolak oleh majoriti Majlis Tertinggi kerana tindakan dia sendiri.

    Pak Lah walaupun dilabel sebagai Team B dalam kepimpinan Madey namun dia tetap setia pada Pemimpin dan Parti. Tidak berganjak dari partinya. Sehinggalah dia diangkat sebagai PM.

    NAMUN atas semangat Lee Kuan Tew dan ideologi kepimpinan Presiden PAP itu maka mantan PM Madey telah menyingkirkan Pak Lah.

    Caranya sama untuk meletakkan anaknya Mukhriz dalam kepimpinan negara seberapa cepat yang mungkin. Walaupun anaknya tewas sebagai Ketua Pemuda.

    Mukhriz sudah putus talian hayat dalam senarai kepimpinan negara. Namun Najib mengenangkan Madey pernah jadi Bos dia, maka Jerlun dan Kedah telah diserahkan pada Mukhriz memijak kepala pemimpin2 kanan UMNO Kedah yang telah berusaha untuk kembalikan Kedah kepada parti tersebut dari PAS. Rakyat Kedah tidak boleh terima. Cuma segelintir rakyat Kedah yang masih duduk di bawah ketiak Madey.

    Walau apa pun penghinaan terhadap Najib, Najib tatap menjadi pujaan hati kami. UMNOlah parti pujaan hati kami. Pembangkang tida satu kebaikan pun untuk rakyat. Hari2 melalak bagai anjing gila. Guan Eng pernah jatuhkan hukum tembak pada anjing2 ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping